Siakap Keli
bomba ustaz azhar idrus
Gambar: Tiktok Cmbchannel

Penangan Ustaz Azhar Idrus, Abang Bomba Tengah Berarak Merdeka Serbu Nak Salam & Bergambar

Penangan Ustaz Azhar Idrus, abang bomba keluar dari perbarisan dan menyerbu beliau yang sedang duduk semata-mata untuk bersalaman dan mengambil gambar.

Semalam, sambutan Kemerdekaan yang ke-65 telah berlangsung dengan sangat meriah dan gilang gemilang di beberapa kawasan dataran dengan pelbagai acara termasuk acara perarakan dari badan unit beruniform dan sebagainya. 

Detik bersejarah itu juga turut dikongsikan oleh orang menerusi platform media sosial milik mereka keadaan semasa berlangsungnya sambutan itu. Banyak momen yang boleh buat bulu roma meremang dengan menerusia acara perbarisan yang dilakukan oleh badan unit beruniform. 

Tidak terkecuali pemilik laman Tik Tok @cmbchannel kongsikan detik-detik lucu abang bomba yang sedang menjalankan acara perarakan berhenti dan menyerbu Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas terkenal semata-mata untuk salam dan bergambar dengan beliau. 

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Ustaz Azhar Idrus juga turut terkejut dengan tindakan sekumpulan ahli pasukan bomba itu yang menyerbu beliau semasa sedang duduk sambil asyik menonton acara perbarisan tersebut. Dalam pada itu, kedengaran juga penonton-penonton lain ketawa kerana terhibur dengan tindakan mereka. 

@cmbchannel

hahahaha…lawok abam2 bomba kita…. ade lagi part lawok lain..tu pon klau video ni fyp la.. #fyp #tranungnibohh #cmbchannel #ustazazharidrus #UAI#bombamalaysia🇲🇾 #merdeka65tahun2022

♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

Apa kata netizen

Meneroka di bahagian komen, rata-rata netizen juga terhibur dengan tindakan sekumpulan abang bomba itu dan reaksi yang ditunjukkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Ada juga yang menyifatkan ia adalah tindakan ‘terbalik’. Jom sama-sama kita lihat apa reaksi dari netizen menerusi ruangan komen. 

“Ustaz Azhar selamba ja duduk bersila atas jalan…”

“Ustaz pula yang terkejut…”

“Suka aku tengok abang bomba…”

BACA: Kapal Tangki Dengan Bendera Singapura Tersangkut Di Terusan Suez, Berjaya Dialihkan

Sumber: cmbchannel (Tik Tok)

Faiz Mustafa