Siakap Keli
kapal tangki singapura
Gambar: Twitter

Kapal Tangki Dengan Bendera Singapura Tersangkut Di Terusan Suez, Berjaya Dialihkan

Kapal Tangki Dengan Bendera Singapura Tersangkut Di Terusan Suez, Berjaya Dialihkan

Sebuah kapal dilaporkan terkandas di Terusan Suez Mesir pada Rabu hingga menyebabkan aktiviti pelayaran dan perdagangan di terusan tersebut terhenti sementara. 

Menurut sumber, kapal tersebut telah menghalang navigasi di terusan. Walau bagaimanapun, kapal tersebut dilaporkan berjaya dialihkan semula lima jam kemudiaan menggunakan bot tunda, menurut laporan dari Suez Canal Authority. 

Menurut maklumat awal menerusi pemilik Twitter Esmail Abd El-aty, kapal tangki dengan bendera Singapura yang sedang dalam pelayaran menuju ke Yanbu.

Dalam pada itu, tiada pengesahan rasmi mengenai insiden tersebut yang dilaporkan oleh pihak SCA. 

Memetik The New Arab, ini merupakan kali kedua tragedi kapal terkandas di Terusan Suez. Pada Mac 2021, laluan air turut disekat selama enam hari selepas Ever Given, sebuah kapal kontena sepanjang 400 meter tersangkut secara melintang ketika melalui terusan itu. 

Situasi tersebut menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa bagi laluan perdagangan yang bernilai RM 40 bilion sehari itu. Lebih parah, kejadian berlaku ketika ekonomi global sedang dihimpit dengan pandemik Covid-19, yang menyaksikan banyak industri terhenti.

BACA: Bayi Lahir Dengan Badan ‘Luar Biasa’, Seakan Ada Tanduk & Tiada Kaki

BACA JUGA: “Ini Baru Malaysia”, Viral Abang Ni Buka & Bagi Pinjam Baju Berkolar, Tolong Pemuda Nak Ambil Ujian Memandu

BACA JUGA: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Sesak, Orang Awam Solat Subuh Berjemaah Sebelum Ke Dataran Merdeka

Sumber: The New Arab, Esmail Abd El-aty (Twitter)

Faiz Mustafa