Siakap Keli
Bagi Pinjam Baju

“Ini Baru Malaysia”, Viral Abang Ni Buka & Bagi Pinjam Baju Berkolar, Tolong Pemuda Nak Ambil Ujian Memandu

“Ini Baru Malaysia”, Viral Abang Ni Buka & Bagi Pinjam Baju Berkolar, Tolong Pemuda Nak Ambil Ujian Memandu

Bermacam-macam cara kita boleh zahirkan sebagai tanda kita sayangkan negara ibunda termasuk saling bantu-membantu serta hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan agama. 

Jika asas itu diterapkan dalam negara ini, sudah pasti kita semua akan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. 

Bercakap soal saling bantu-membantu, kisah seorang lelaki yang memberi pinjam baju kepada seorang individu ketika mahu menjalani ujian memandu berjaya menarik perhatian umum diatas tindakan murni tersebut. 

Seperti yang semua sedia maklum, urusan rasmi seperti menjawab soalan ujian untuk mendapatkan lesen memandu perlu berpakaian formal atau smart casual, bermakna etika pakaian perlulah berkolar sama ada kemeja atau pun T-Shirt. 

Menerusi video Tik Tok yang dimuat naik oleh Egram Azizi, dia turut berkongsi detik dimana seorang lelaki yang tidak memakai pakaian yang sewajarnya untuk menjalani ujian memandu. Disebabkan itu, dia tidak dibenarkan ikut serta menjalani ujian tersebut. 

Menariknya menerusia video tersebut, seorang individu yang tidak dikenali dengan rela hati sudi meminjamkan baju T-Shirt berkolar kepada pemuda tersebut tersebut agar dapat menjalani ujian yang telah ditetapkan. Susulan tindakan itu, lelaki yang sudi pinjam baju tersebut menerima pujian orang ramai. 

@eeqramazizi

ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebab baju tak berkolar apa apa pon terbaik malaysiaku #semangatmalaysia #f

♬ Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) – Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee

Apa kata netizen.

Meneliti ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan dianggap sebagai satu semangat yang perlu disematkan dalam diri anak bangsa. Selain itu, sikap bagaimana cara dia memberikan baju kepada pemuda itu juga dianggap sopan dan beretika. Jom lihat apa kata mereka.

Seorang pengguna yang mendakwa anak kepada lelaki budiman itu turut meninggalkan komen. Menurutnya, sudah menjadi kelaziman ayahnya untuk keluar bekerja mengenakan pakaian dua lapis bagi mengelakkan cuaca sejuk. Ini kerana, ayahnya menunggang motosikal ke tempat kerja dan keluar seawal pukul 5 pagi.

Katanya lagi, video berkenaan yang menunjukkan kebaikkan si ayah turut menggembirakan hati ibunya.

“Ini Malaysiaku…”

“Menjadi hebat tidak perlu beria…”

“Terbaik la abang…”

BACA: Mekanik Didakwa Bunuh Kekasih Berdepan Hukuman Gantung

Sumber: Eqramm Azizi

Faiz Mustafa