Pernah tak korang berada dalam situasi apabila tiba-tiba dapat mesej WhatsApp daripada seorang kawan yang sudah lama tidak berhubung?
Mula-mula dia tanya khabar, kemudian tanya pasal kerja dan kehidupan seharian. Kita pun seronoklah sebab ingatkan dia nak ajak lepak atau sekadar bertanya khabar.
Tapi selepas beberapa minit berbual, akhirnya keluar satu soalan yang mungkin sudah dijangka, “Weh, kau ada RM200 tak? Aku nak pinjam kejap. Nanti gaji masuk aku bayar balik.”
Kalau sekali dua mungkin kita tidak kisah untuk membantu, lebih-lebih lagi jika kawan tersebut benar-benar berada dalam kesusahan.
Namun, bagaimana pula kalau perkara yang sama berulang kali berlaku? Nak tolak, takut kawan terasa hati. Nak bagi, kita sendiri pun ada macam-macam komitmen kewangan yang perlu diselesaikan.
Sebenarnya, tidak salah untuk membantu rakan yang memerlukan. Tetapi, dalam masa sama, kita juga perlu tahu batas kemampuan sendiri supaya tidak terpaksa menanggung masalah kewangan orang lain.
Jadi, bagaimana cara nak menolak permintaan kawan yang sering meminjam duit tanpa membuatkan hubungan persahabatan menjadi renggang?
Belajar Tolak Dengan Cara Yang Baik
Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh dilakukan apabila berdepan dengan kawan yang kerap meminta pinjaman duit, tanpa perlu membuatkan mereka terasa hati.
Antaranya, berterus terang mengenai komitmen kewangan sendiri dan menjelaskan bahawa kita tidak mempunyai lebihan wang untuk dipinjamkan.
Maklumlah, setiap bulan ada sahaja perbelanjaan yang perlu diselesaikan, daripada sewa rumah, ansuran kereta, bil utiliti sehinggalah keperluan keluarga.
Pada masa sama, elakkan daripada memberi harapan sekiranya memang tidak mampu membantu. Ini kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan mereka terus mengharapkan pinjaman daripada kita.
Tidak perlu juga merasa bersalah apabila terpaksa menolak permintaan tersebut kerana setiap individu mempunyai tanggungjawab kewangan masing-masing.
Kalau masih mahu membantu, kita boleh menawarkan bantuan dalam bentuk lain seperti mencadangkan cara menguruskan perbelanjaan atau membantu mereka mencari penyelesaian yang lebih bersesuaian.
Apa yang penting, sampaikan keputusan tersebut dengan cara yang sopan dan jujur supaya kawan kita faham bahawa penolakan itu bukan bermaksud kita tidak mengambil berat tentang masalah mereka.
Cadangkan Alternatif Pembiayaan Yang Bersesuaian
Selain menolak dengan cara yang baik, ada satu lagi perkara yang boleh dilakukan sekiranya kawan tersebut benar-benar memerlukan dana tambahan untuk menampung perbelanjaan penting.
Daripada terus bergantung kepada pinjaman wang daripada rakan atau kenalan, kita boleh membantu mereka meneroka pilihan kewangan lain yang lebih bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan masing-masing.
Antara alternatif yang boleh dipertimbangkan ialah DuitGini, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang dikendalikan oleh pemberi pinjam wang berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Untuk pengetahuan korang, DuitGini dikendalikan oleh E Senang Sdn Bhd, yang mempunyai lesen pemberi pinjam wang bernombor WL7272/07/01-4/160927, dengan tempoh sah dari 17 September 2025 hingga 16 September 2027.
Status berlesen ini menjadi antara perkara penting yang boleh memberikan keyakinan tambahan kepada pengguna kerana operasi pemberian pinjaman tertakluk kepada peraturan serta undang-undang yang ditetapkan di Malaysia.
Bukan itu sahaja, proses permohonannya juga mudah kerana pengguna boleh membuat permohonan secara dalam talian menggunakan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri, tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal.
Melalui DuitGini, individu yang berminat hanya perlu mendaftar atau log masuk menggunakan nombor telefon, melengkapkan maklumat peribadi, memuat naik dokumen yang diperlukan serta memasukkan butiran akaun bank.
Selepas itu, permohonan akan melalui proses penilaian dan kelulusan sebelum sebarang pinjaman dapat disalurkan kepada pemohon.
Kemudahan permohonan secara digital ini membolehkan pengguna menguruskan permohonan dengan lebih mudah, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan daripada kawan atau kenalan.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa setiap permohonan adalah tertakluk kepada syarat kelayakan, terma pembiayaan serta kelulusan pihak pemberi pinjaman.
Sebelum membuat sebarang keputusan, pengguna juga perlu memahami kadar faedah, caj berkaitan, tempoh pinjaman dan jumlah keseluruhan bayaran balik supaya tidak menambahkan beban kewangan sedia ada.
Persahabatan Bukan Diukur Dengan Duit
Kesimpulannya, menolak permintaan kawan yang mahu meminjam duit bukanlah bermaksud kita seorang yang kedekut atau tidak mahu membantu.
Kadang-kadang, kita juga perlu mengutamakan kestabilan kewangan sendiri supaya tidak terjebak dengan masalah yang lebih besar pada kemudian hari.
Apa yang penting, belajar untuk berkata tidak dengan cara yang sopan, jujur dan tidak menyinggung perasaan orang lain.
Bagi mereka yang sedang mencari pilihan pembiayaan, DuitGini boleh dijadikan salah satu alternatif untuk dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan kemampuan masing-masing.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses permohonan, kelayakan serta terma pembiayaan, korang boleh layari laman rasmi Duit Gini.
Ingat, persahabatan yang baik bukan diukur melalui berapa banyak duit yang kita sanggup pinjamkan, tetapi sejauh mana kita saling memahami dan menghormati keadaan masing-masing.
