Siakap Keli
Macam Tanduk Haiwan
Gambar via Mirror

Bayi Lahir Dengan Badan ‘Luar Biasa’, Seakan Ada Tanduk & Tiada Kaki

Bayi Lahir Dengan Badan ‘Luar Biasa’, Seakan Ada Tanduk & Tiada Kaki

Seorang bayi di India dilaporkan lahir dengan struktur tubuh berbentuk seakan-akan tanduk pada bahagian bawah yang sepatutnya adalah sepasang kaki. Bayi itu dilahirkan di Daerah Shivpuri di tengah-tengah India. 

Menurut laporan, seorang doktor di hospital tersebut berkata bahawa bayi masih belum berkembang dengan baik semasa lahir dengan berat hanya 2.31 lbs, kurang dari berat normal. Namun, bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil. 

Memetik Mirror, pakar masih tidak dapat memastikan sama ada bayi itu mengalami sebarang keadaan kesihatan lain yang boleh memudaratkan kehidupannya. Bayi tersebut telah dilahirkan pada 26 Ogos yang lalu. 

Pada bulan lalu, agensi berita Mirror ada melaporkan tentang seorang lagu bayi yang menimbulkan rasa tidak percaya apabila ia dilahirkan dengan sepasang kaki dan tangan lebih dari sepatutnya seorang manusia ada. 

Mahupun begitu, bayi tersebut tetap menerima pujian dari orang ramai dengan mengatakan bahawa dia merupakan salah satu ‘keajaiban alam’.

Gambar tersebut yang tular menunjukkan seorang bayi yang dilahirkan dengan berat 2.96 kg dengan empat anggota badan yang lebih menjadi tular sehingga orang ramai hadir ke hospital semata-mata untuk melihat bayi tersebut. 

BACA: “Ini Baru Malaysia”, Viral Abang Ni Buka & Bagi Pinjam Baju Berkolar, Tolong Pemuda Nak Ambil Ujian Memandu

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa