Siakap Keli
Enam Sekeluarga Maut Ketika Selamatkan 2 Beradik Lemas
Gambar : The Sun

Perkelahan Bertukar Tragedi, Enam Sekeluarga Maut Ketika Selamatkan 2 Beradik Lemas Berdekatan Air Terjun

Perkelahan Bertukar Tragedi, Enam Sekeluarga Maut Ketika Selamatkan 2 Beradik Lemas Berdekatan Air Terjun

INDIA – Enam sekeluarga dilapor maut selepas cuba menyelamatkan dua gadis yang masuk ke dalam air terjun untuk berswafoto.

Perkelahan bersama 15 ahli keluarga di Air Terjun Ramdana Chhattisgarh bertukar menjadi tragedi ngeri selepas dua adik beradik masuk ke dalam air terjun untuk berswafoto.

Dilaporkan sebaik tiba di air terjun tersebut, dua beradik, 14 dan 22, masuk ke dalam air dan mengalami masalah selepas hilang imbangan, kata saksi.

Difahamkan abang dan beberapa orang sepupu mereka melompat sambil berpegangan tangan untuk cuba menyelamatkan adik-beradik itu.

Menurut saksi, selepas beberapa saat mereka masuk untuk menyelamatkan dua gadis tersebut, mereka semua mula lemas di dalam air.

Orang ramai memaklumkan kepada pihak berkuasa dan pegawai memulakan misi mencari dan menyelamat dengan bantuan penyelam dari Pasukan Bantuan Kecemasan Bencana Negeri (SDERF).

Gambar: The Sun

Malangnya, mayat tiga orang berjaya ditemui pada petang Ahad, manakala tiga mayat ditemui pada pagi Isnin.

Difahamkan hanya seorang sahaja yang berjaya dikeluarkan dengan selamat namun berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Semua mayat dihantar untuk di bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga, lapor Majistret Daerah Korea Kuldeep Sharma kepada Times of India.

Gambat : The Sun

Polis mendakwa mereka telah memasuki air terjun walaupun papan tanda berhati-hati diletakkan di tempat perkelahan menggesa orang ramai tidak mandi di dalam air.

Kejadian tragis yang hampir sama juga telah berlaku kurang daripada enam bulan selepas tiga lelaki muda, dari daerah Umaria di Madhya Pradesh, lemas di tempat yang sama.

Ketua Menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan ketika itu melahirkan rasa dukacita atas kejadian itu, yang turut berlaku semasa berkelah.

Sumber : The Sun

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.