Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tabung Haji beri amaran hati-hati dengan scammer, orang awam tolong jangan percaya dengan tiga perkara ini setiap kali terima panggilan.
Kita sudah menyaksikan pelbagai jenis kaedah penipuan atas talian yang digunakan oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Antara jenis penipuan yang sering dilakukan adalah penipu biasanya akan membuat panggilan telefon kepada bakal mangsa atas beberapa ‘sebab’ yang kelihatan serius.
Tunggakan cukai tidak berbayar, barang pos disidai, panggilan kes mahkamah, apa lagi? Mendapatkan panggilan sebegini sudah semestinya sangat menjengkelkan. Bagi golongan yang celik IT, mendapat panggilan sebegini tidak menjejaskan kehidupan kita tetapi bayangkan jika warga emas yang mendapat panggilan ini?
Yang lebih mengejutkan, ada juga yang ‘menjual’ topik ibadah haji untuk menipu orang ramai. Seolah-olah tidak logik tetapi pihak Lembaga Tabung Haji (TH) sudah mengeluarkan amaran mengenai isu ini. Mereka menampilkan tiga jenis penipuan yang sering dilakukan terhadap klien mereka.

Antara ‘modal’ yang sering digunakan adalah seperti dapat giliran awal, tawaran bantuan dana mahupun bantuan rayuan haji. Untuk makluman, TH tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan musim haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.
Oleh itu, pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH. Perkara ini juga digunapakai ketika berurusan dengan bank lain.
Biasanya orang tidak berani hendak mengaitkan hal ehwal keagamaan ketika hendak menipu. Sudah semestinya, perasaan ‘serba salah’ dan ‘takut akan Allah’ sudah hilang bagaikan debu ditiup angin. Manusia-manusia ini bukan sahaja tidak bertanggungjwab, tidak berhati perut malah sanggup ‘menjual agama’ untuk tujuan terkutuk.
Akhir sekali, jika anda merasa musykil mengenai sesuatu, anda boleh terus merujuk pihak yang sepatutnya, Kita juga perlu melindungi golongan yang mudah terdedah kepada penipuan atas talian seperti warga emas. Untuk aduan dan pertanyaan lanjut, orang awam boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Sumber: Official : Lembaga Tabung Haji via Facebook