Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cikgu Tolong Gunting Rambut & Bersih Rambut Murid, Kutu Hidup Penuh Di Kepala
Seorang cikgu di Jakarta tular di media sosial selepas dia memuat naik satu video yang memaparkan dia bersama rakan sejawatan memotong rambut dan membersihkan kepala pelajarnya yang penuh dengan kutu menurut Wolipop.
Detik cikgu membantu pelajarnya bebas dari kutu menjadi tular selepas dikongsi oleh pengguna akaun TikTok yang bernama @zeraazzahra. Dalam video tersebut menunjukkan keadaan rambut pelajar itu yang dipenuhi dengan kutu.
Dalam video itu, kelihatan cikgu berkenaan membawa pelajarnya keluar dari kelas. Cikgu itu kemudiannya mula menggunting rambut pelajar itu sedikit demi sedikit. Cikgu itu kemudian meminta seorang cikgu lain membantu menyikat rambut pelajar tersebut. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tahu rambutnya dipenuhi kutu.
“Tahu cikgu, tapi ibu sibuk bekerja,” jawab gadis itu.
Menurut cikgu tersebut, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan memudahkan kutu itu membiak.
Apabila rambut pelajar itu disikat, kelihatan banyak kutu jatuh dari rambutnya. Tudung putih yang digunakan sebagai alas membuatkan jumlah kutu yang gugur kelihatan sangat banyak.
Setakat hari ini, video itu telah ditonton lebih daripada 30 juta tontonan. Ramai juga yang memberi komen kasihan terhadap pelajar itu dan ada juga yang memuji aksi cikgu tersebut yang membantu pelajar itu.
Penjagaan rambut sangat penting, terutamanya mereka yang memakai tudung. Jika rabut masih lembap jangan terus memakai tudung nanti akan membuat rambut anda berbau kurang enak. Pastikan keringkan rambut sebelum memakai tudung.
BACA: Datuk Seri Najib Tiba Di Kompleks Mahkamah KL, Hadir Bicara Kes Pinda Laporan Audit 1MDB
Sumber: Zeraazzahra Wolipop