Siakap Keli
tersilap Buat 'Mini Love'
Gambar: Sinar Harian

“Saya Memohon 10 Jari…,” Tersilap Buat ‘Mini Love’, Bapa Mohon Maaf, Rayu Video Diturunkan

“Saya Memohon 10 Jari…,” Tersilap Buat ‘Mini Love’, Bapa Mohon Maaf, Rayu Video Diturunkan

Baru-baru ini, tular berkenaan seorang kanak-kanak yang berpakaian uniform bomba secara tidak sengaja menunjukkan isyarat jari tengah ketika mengikuti perbarisan hari kemerdekaan ke-65 pada Rabu lalu.

Video yang memaparkan insiden tersebut telah dimuat naik oleh ramai netizen di pelbagai platform media sosial dan secara telah meraih perhatian ramai.

Ekoran daripada itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut menerusi satu hantaran di Facebook memohon maaf atas kejadian berkenaan dan merayu agar video terbabit dapat diturunkan.

Menurut lelaki tersebut, anaknya itu sebenarnya mahu membuat ‘mini love’, namun sebaliknya telah tersilap menunjukkan jari tengah kepada orang ramai yang hadir pada perarakan tersebut.

“Dia sebagai peminat bomba memang excited sangat dapat terlibat dalam perbarisan kemerdekaan walaupun bangun pada pukul 5 pagi. Dari semalam excited sangat dapat pakai baju bomba.

“Saya memohon 10 jari agar video itu dapat diturunkan agar tidak lagi dikecam dan menjadi asbab masalah psikologi kepada anak saya.

“Mungkin dengan jasa baik sebesar ini ALLAH memuliakan serta menambah rezeki yang nampak dan tidak nampak di mata. Amin ya Rabb,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa kanak-kanak yang menyertai perarakan berkenaan berusaha untuk menunjukkan jari ‘mini love’ kepada orang ramai yang hadir namun sebaliknya tersilap mengeluarkan jari tengah.

Pegawai yang turut sama menyertai perarakan tersebut segera membetulkan jarinya selepas menyedari bahawa kanak-kanak itu secara tersilap mengeluarkan jari tengah.

Sumber: Sinar Harian

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.