Siakap Keli
Gelandangan Bina Bilik Tidur Di Jejantas
Gambar: TheThaiger

Gelandangan Bina Bilik Tidur Di Jejantas, Siap Berlangsir

Baru-baru ini tular seorang gelandangan mengubah sebahagian jejantas pejalan kaki menjadi sebuah ‘bilik tidur’ seperti yang berlaku di daerah Au Thai di wilayah Ayutthaya, Thailand, lapor TheThaiger.

Berita itu tersebar selepas seorang pengguna TikTok di Thailand memuat naik video yang memaparkan keadaan ‘bilik’ yang diubahsuai oleh gelandangan tersebut.

Berdasarkan rakaman video seperti yang dilapor TheThaiger, bilik itu dilengkapi dengan katil yang diperbuat daripada gabus, selain turut dilengkapi langsir, bantal dan anak patung.

Selain itu, terdapat juga cawan plastik yang dipercayai sebagai ‘persediaan’ sekiranya ada orang awam yang ingin menderma kepadanya.

Seorang individu awam, Jatuporn Boonrot, 41, berkata, dia takut untuk melalui jejantas tersebut bersendirian, apatah lagi jika pada waktu malam.

Seorang lagi individu, Tharika Saleengam, 40, berkata, gelandangan tersebut mempunyai tatu pada badan hingga menakutkan pejalan kaki yang melalui jejantas itu.

Tambahan lagi, beberapa netizen yang tinggal di sekitar kawasan jejantas itu turut mengungkapkan rasa janggal sewaktu melalui laluan berkenaan kerana ia seperti berjalan di dalam rumah seseorang.

Gambar via The Thaiger

Video tular, gelandangan dihalau & ‘bilik’ diroboh

Sementara itu, pegawai Lebuh Raya Daerah Ayutthaya, Thawat Changtham berkata, terdapat seorang pekerja pembersihan yang akan selalu bersihkan jejantas berkenaan pada setiap Jumaat.

Namun katanya, pekerja tersebut sudah tidak dapat membersihkan jejantas itu lagi selepas ‘bilik tidur’ gelandangan berkenaan wujud di situ sejak dua minggu yang lalu.

Katanya, situasi itu memaksa pekerja pembersihan tersebut untuk menghalau gelandangan berkenaan memandangkan jejantas dibina adalah laluan untuk pejalan kaki.

Berbalik pada konteks, video ‘bilik tidur’ yang diubah suai gelandangan itu tular dan meraih perhatian ramai sehingga sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.

Ekoran dilihat sering mendatangkan masalah kepada pejalan kaki, pihak berkuasa memutuskan bahawa ‘bilik tidur’ gelandangan tersebut terpaksa dirobohkan.

Sehubungan itu, pemilik video TikTok asal tersebut memuat naik satu lagi video baharu yang memaparkan lokasi sama, namun kali ini ‘bilik tidur’ itu sudah pun hilang.

“Ini salah saya..” katanya menerusi kapsyen, dipercayai menyesali tindakannya yang menyebabkan ‘rumah kecil’ gelandangan itu tular hingga mendatangkan masalah.

Dia berterus-terang pada ruangan komentar dan menyatakan bahawa dirinya rasa bersalah sebab video itulah punca ‘bilik tidur’ itu dirobohkan.

Difahamkan, ada sesetengah netizen turut bersimpati dengan gelandangan berkenaan yang kehilangan ‘rumah’.

Namun ada yang lainnya pula bersetuju dengan tindakan roboh tersebut kerana jejantas itu adalah kemudahan awam.

Sumber: TheThaiger

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.