Siakap Keli
Asnaf Tinggal Di Kondo Mewah
Gambar: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

“Bukannya Rumah Pusaka..,” MAIWP Terkejut Dapati Asnaf Tinggal Di Kondo Mewah

“Bukannya Rumah Pusaka..,” MAIWP Terkejut Dapati Asnaf Tinggal Di Kondo Mewah

Asnaf merupakan golongan yang layak dibantu dan menerima zakat daripada majlis agama di setiap negeri masing-masing. Kebiasaannya, majlis agama akan bertindak membantu mengikut aduan orang awam atau menerima permohonan dari asnaf sendiri.

Bagaimanapun, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baru-baru ini ada berkongsikan sesuatu yang ‘kurang enak’ mengenai asnaf yang dikendalikan oleh mereka.

Menerusi perkongsian di Facebook, pihak MAIWP terkejut apabila mendapati bahawa keluarga asnaf yang dijejaki mereka tinggal di kawasan perumahan mewah.

Gambar: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

“Bertindak atas aduan awam yang diterima, MAIWP menerusi Skuad Jejak Asnaf telah turun menjejaki sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan kepada bantuan zakat.

“Setibanya di lokasi, kami didatangi perasaan terkejut apabila melihat nilai hartanah di tempat tersebut.

“Secara praktikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian,” kata MAIWP.

Tambahnya lagi, kebanyakan dari mereka memberikan alasan untuk tinggal di tempat berikut disebabkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak.

Gambar: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

“Hasil dapatan maklumat yang diperolehi, menyatakan bahawa mereka ini menghuni di kediaman tersebut dengan bayaran sewa secara bulanan. Bukannya rumah pusaka mahupun menerima ehsan tinggal percuma daripada orang lain,” katanya.

Ekoran itu, MAIWP menasihatkan kepada orang ramai di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup.

“Kita seharusnya bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa. MAIWP sentiasa ada untuk membantu bagi meringankan beban dan kesusahan hidup yang mereka alami,” ujarnya.

BACA: Sudah Layak Keluarkan KWSP, Asnaf Tulis Surat Mohon Berhenti Terima Zakat

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: