Siakap Keli
Wanita Maut Dilanggar Kereta Dipandu Suami
Gambar: Kosmo/Astro Awani

Tak Sedar Masih Dalam Keadaan ‘Bergear’, Wanita Maut Dilanggar Kereta Dipandu Suami

Tak Sedar Masih Dalam Keadaan ‘Bergear’, Wanita Maut Dilanggar Kereta Dipandu Suami

Sungai Petani – Seorang wanita warga emas dilaporkan maut selepas dipercayai dilanggar secara tidak sengaja oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Bukit Tukang Jusoh di sini, semalam.

Memetik laporan Astro Awani, suami mangsa tidak sedar bahawa kereta yang dihidupkannya masih dalam keadaan bergear dan menyebabkan kenderaan itu terlanggar mangsa yang berada di hadapan.

Mangsa yang berusia 69 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian selepas terperosok di bawah kereta berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya berusia 76 tahun dikatakan baru pulang dari menghadiri majlis kenduri kahwin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan awal polis mendapati bahawa suami mangsa baru menghidupkan enjin kereta jenis Proton Iswara Aeroback dan tidak menyedari kenderaan itu masih dalam keadaan ‘bergear’, menggelongsor lalu melanggar mangsa yang ketika itu berada di hadapan kereta.

“Akibat pelanggaran itu mangsa terperosok di bawah kereta dan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bedah siasat.

Kes disiasat kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Astro Awani

Sofea

There's always another side to every story