Artis Hong Kong, Priscilla Wong tercedera pada bahagian paha sebelah kirinya akibat terkena duri durian sewaktu menjalani pengambaraan di satu lokasi di Malaysia, lapor Asiaone.
Difahamkan, pelakon berusia 40 tahun itu menjalani pengambaraan dalam segmen Travel with Priscilla Wong di Kuala Lumpur bersama pelakon tempatan, Debbie Goh sewaktu kejadian.
Menerusi satu rakaman yang dimuat naiknya di Instagram, ia memaparkan ‘kelibat’ raja buah itu bergolek ke arahnya secara tiba-tiba.
View this post on Instagram
Walaupun Priscilla sedaya upaya mengelak daripada terkena durian itu, namun ia mengenai tepat pada bahagian paha kiri pelakon Hong Kong tersebut sewaktu berdiri di tepi sungai.
Ekoran itu, dia menjerit kesakitan akibat tertusuk duri durian berkenaan namun kembali ketawa selepas kejadian tersebut. Tambahan lagi, beliau dilihat meletakkan ubat pada bahagian kakinya.
“Siapakah yang membaling durian seperti itu?
“Ini merupakan kali pertama saya datang ke ladang durian untuk mengambil durian, dan ia juga pengalaman pertama saya terkena durian,” katanya di Instagram.
Sementara itu, Priscilla turut memuat naik video berserta foto kesan lukanya di platform media sosial berkenaan.
Tambah Priscilla, walaupun mengalami 20 kesan lubang tusukan durian pada bahagian pahanya, namun wanita tersebut menjelaskan bahawa dia sangat gembira sewaktu di berada Malaysia.

“Banyak yang berlaku sewaktu pertama kali di Malaysia dan saya masih merinduinya.
“Ini merupakan hadiah daripada sebiji durian kepada saya. Saya suka dan benci durian,” katanya.
Wanita Jepun Sebak Dapat Makan Durian Malaysia

Terdahulu dalam satu artikel Siakap Keli, seorang warga Jepun berkongsikan detik menikmati durian setelah tiga tahun tidak merasai buah itu menerusi satu siaran Youtube.
Menariknya, wanita Jepun itu menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia benar-benar merindui dengan kenikmatan rasa durian.
Dalam pada itu, menerusi video Youtube yang menggunakan nama iChang RM, wanita dan pasangannya itu jelas sekali sangat menggemari buah tersebut dilihat dari ekspresi wajah setiap kali suapan lemak berkrim durian menyentuh lidah mereka berdua.
“Lama tidak berjumpa,” tegur salah seorang peniaga durian itu menandakan bahawa memang dia pernah singgah di gerai ini beberapa tahun lalu sebelum dunia dihebohkan dengan pandemik.
BACA JUGA: Tiga Tahun ‘Menunggu’ Sebab Covid, Wanita Jepun Menangis Sebak Dapat Makan Durian Malaysia
Sumber: Asiaone