Siakap Keli
Buaian Berputar 'Fun Fair' Terhempas
Gambar: BNO News

Buaian Berputar ‘Fun Fair’ Terhempas Ke Bawah, 10 Wanita & Kanak-Kanak Cedera

Buaian Berputar ‘Fun Fair’ Terhempas Ke Bawah, 10 Wanita & Kanak-Kanak Cedera

Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan selepas buaian berputar yang dinaiki oleh mereka ‘terhempas’ jatuh dalam kejadian di  kawasan Fasa-8 Mohali, Punjab.

Memetik laporan Tribune India, mangsa yang kebanyakannya cedera di kepala dan leher telah dibawa ke hospital di Mohali untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian pada Ahad itu, buaian tersebut berada di ketinggian sekitar 80 kaki sebelum dilihat senget dan terjatuh ke bawah.

“Mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital. Kami sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil tidak lama lagi,” kata Timbalan Pesuruhjaya Mohali, Amit Talwar.

Saksi berkata lebih daripada 15 orang dilihat berada di atas permainan itu ketika kejadian. Dakwanya juga,  tiada ciri-ciri keselamatan yang diletakkan pada permainan itu.

Sementara itu, pengunjung yang lain turut merasa berang dengan pihak pengurusan fun fair tersebut kerana kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku terutama apabila ramai yang mengunjunginya pada hujung minggu.

Video yang memaparkan detik-detik ketika kejadian telah tular di media sosial sejak semalam.

BACA: (Video)Gembira Bertukar Tragedi, Viral Rakaman Wanita Maut Tercampak Dari Buaian ”Funfair”

Sumber: Tribune India

BACA JUGA: Isteri Nak Beli Sofa Baharu Sebab Jiran Baru Beli, Suami Jangan Bantah Tapi Buat Macam Ni

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.