Siakap Keli
Gambar: Google

(Video)Gembira Bertukar Tragedi, Viral Rakaman Wanita Maut Tercampak Dari Buaian ”Funfair”

Seorang wanita di Perancis dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi kritikal selepas swing chair yang dinaiki mereka itu rosak lalu membuatkan mereka tercampak dari permainan itu, lapor jabatan kecemasan.

Pasangan tersebut telah berada setinggi lebih 33 kaki di udara dalam salah satu pod berputar yang terdapat pada funfair tersebut sebelum permainan yang dinaiki mereka itu mengalami kerosakan lalu melemparkan mereka ke tanah, pada Isnin.

Apabila penyelamat tiba di tempat kejadian, seorang wanita berusia 24 tahun yang menaiki pod tersebut didapati maut.

Pihak polis menyatakan bahawa sebanyak 4 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berkenaan dengan insiden itu.

Sepasukan pakar telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi memeriksa permainan yang menjadi punca kepada kemalangan itu.

Difahamkan, pod tersebut telah jatuh ke tanah disebabkan tiupan angin yang terlalu kuat.

The Firminy merupakan salah satu funfair yang terbesar di Perancis, diadakan selama 2 minggu di kawasan komuniti pada setiap bulan Oktober dilengkapi dengan 250 permainan dan mempunyai pelbagai daya tarikan yang mampu menarik seramai 100,000 pengunjung.

https://www.youtube.com/watch?v=oB8x1WUal5s

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right