Dua Beranak Parah, Melecur Teruk Disambar Api Ketika Ingin Bakar Semut
INDONESIA – Seorang ibu dan anaknya dilapor melecur teruk disambar api selepas cuba membakar semut di lantai rumah menggunakan minyak petrol.
Kejadian yang melibatkan ibu, 18 dan anaknya, 1 di rumah mereka di Dusun Towan, Desa Boro pada Sabtu (3/9/2022) telah disahkan 0leh Ketua Daerah Kecil Sanggar, Ahmad ketika dihubungi Kompas.com.
“Ya, betul apa yang berlaku pagi tadi. Kedua-dua mangsa kini dalam rawatan rapi di Pusat Kesihatan Sanggar,” kata Ahmad.
Kejadian yang tidak dijangka itu bermula apabila pemilik rumah itu cuba menghalau semut yang merayap di atas lantai rumahnya.
Kemudian, dia menuang petrol, kemudian membakar semut yang sering menyusahkan. Tetapi niat hati untuk membakar semut itu, sebaliknya dia dan anaknya terbakar.

“Mangsa ini pada mulanya ingin membakar semut tersebut, kemudian dia menuang petrol, namun dia tidak tahu di belakangnya anaknya juga sedang memegang botol petrol juga. Sebaik sahaja dia menghidupkan api, ia terus meletup dan terbakar,” kata Ahmad.
Dilaporkan, suami yang menyaksikan kejadian itu segera menjerit dan meminta bantuan jiran.
Selepas mendengar jeritan itu, penduduk sekitar segera menyelamatkan mangsa dan anaknya yang terbakar.
Kemudian. kedua-dua mangsa dikejarkan ke pusat kesihatan berhampiran untuk rawatan rapi.
“Akibat kejadian ini, kedua-dua mangsa melecur di muka, tangan dan seluruh badan. Kejadian ini tidak membakar rumah mangsa,” katanya.
Sumber: Kompas.com
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”