Siakap Keli
Bayi Perempuan
Gambar via Calvin Wong

Bernafas Guna Mesin, Adik Faith Perlukan Bantuan RM 60,000 Untuk Kos Perubatan

Seorang bayi perempuan yang baru lahir lebih kurang sebulan yang lalu, Faith Sixto Simpal terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak hari pertama dia dilahirkan. Adik Faith dilapor mengalami masalah kelemahan otot hingga berdepan kesukaran bernafas dan perlu bergantung pada mesin bantuan pernafasan CPAP untuk terus berjuang hidup. 

Walapun adik Faith dibenarkan keluar dari hospital kelak, dia tetap memerlukan bantuan mesin CPAP dan alat untuk mengeluarkan lendiran menerusi hidung serta mulutnya yang menelan kos ribuan ringgit. 

Ibu bapa adik Faith yang berasal dari Filipina, Crueldad dan Lyriza Sixto Simpal hanya mampu menangis pada setiap hari mengenangkan nasib bayi mereka memandangkan tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatan yang diperlukan.

Difahamkan, bapanya hanyalah seorang pekerja biasa di sebuah kilang percetakan, manakala ibunya pula suri rumah sepenuh masa dan telah lama menetap di Malaysia. Disebabkan itu, mereka berdepan dengan kesempitan kewangan bagi menampung kos rawatan adik Faith.

Bayi Perempuan
Gambar via Calvin Wong

Oleh itu, melihat dari keadaan mereka, sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan di Malaysia, Persatuan Kebajikan Amal Da-Ai Malaysia merayu agar orang ramai dapat menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan penderitaan yang dialami adik Faith. 

Keluarga ini memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 untuk menampung segala keperluan perubatan dan penjagaan harian bayi tersebut. Buat masa ini, adik Faith masih lagi berada dalam pemantauan pihak hospital dan tidak diketahui bilakan dia akan dibenarkan keluar daripada hospital.

Kepada mereka yang berniat untuk salurkan bantuan kepada keluarga ini boleh terus menghubungi pegawai bertugas dari Da-Ai yang mengendalikan kes tersebut di [email protected] atau boleh terus menghubungi beliau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 011-26110287 (WhatsApp).

Sumber; Da-Ai (Calvin Wong) 

Faiz Mustafa