Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Faisal Halim Tidak Terima Pelawat, Dipantau Rapi Selepas Pembedahan Ketiga – Exco

Athirah
Faisal Halim Tidak Terima Pelawat
Kredit: Bernama

Faisal Halim Tidak Terima Pelawat, Dipantau Rapi Selepas Pembedahan Ketiga – Exco

SHAH ALAM, 11 Mei (Bernama) — Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga tidak dibenarkan menerima pelawat.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata pemain sayap sensasi Harimau Malaya itu perlu berada dalam pemantauan rapi untuk tempoh dua minggu akan datang.

Beliau berkata prosedur pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran (skin allograft) dilalui Faisal pada Jumaat lepas, memerlukan pemain itu diasingkan daripada orang biasa.

“Keadaan Faisal adalah stabil namun tempoh dua minggu mendatang ini sangat penting serta kritikal memandangkan prosedur skin allograft, beliau diasingkan dengan pemantauan rapi dan ketat oleh pasukan perubatan.

“Untuk itu, Faisal juga tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat dalam tempoh pemantauan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.

BACA: “Terus Berjuang, Kami Bersama Anda”, Onana & Garnacho Titip Mesej Kepada Faisal Halim

Sumber: Bernama