Seorang kanak-kanak lelaki warganegara New Zealand terkejut apabila menemui seekor cacing tanah gergasi di halaman belakang rumahnya, lapor CNN News.
Dalam satu klip video yang dimuat naik CNN, kanak-kanak yang dikenali sebagai Barnaby Domigan, 9, menyatakan bahawa ia merupakan satu penemuan yang menakjubkan dan pada awalnya tidak mempercayai apa yang dilihat.
Ibunya, Jo Domigan pula menganggarkan bahawa haiwan tersebut adalah sepanjang tiga kaki.
“Dia kata menjumpai cacing itu sewaktu saya di tempat kerja,” jelas ibunya.
A 9-year-old boy in New Zealand found a giant earthworm in his backyard. pic.twitter.com/yzKrtVg59T
— CNN (@CNN) September 4, 2022
Barnaby turut memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya mengenai penemuannya, namun tidak mendapat perhatian dari ketua keluarga itu.
“Saya cuba untuk meyakinkan ayah dengan menyimpannya di dalam beg plastik namun dia tidak mempercayainya,” kata Barnaby.
Menurut pakar, cacing itu merupakan salah satu spesis daripada cacing tanah.
Ketika ditanya mengenai cacing itu, Barnaby menjelaskan bahawa dia telah memberikan nama “Dead Fred” kepada haiwan gergasi berkenaan.
Sebelum ini, ibunya menjelaskan bahawa mereka pernah menjumpai cacing gergasi namun tidak seperti yang dijumpai oleh anaknya baru-baru ini.
Cacing Sebesar Hos Paip Muncul
Terdahulu, Siakap Keli juga pernah melaporkan mengenai seekor cacing gergasi yang muncul selepas air banjir.
Ia dipercayai melepaskan diri daripada hujan lebat yang melanda Queensland, Australia.
Lapor Daily Mail, seorang pemilik motel di Tamborine Mountain telah menemui seekor cacing besar di bawah pintu salah sebuah bilik tetamu di sana susulan hujan lebat dengan kadar 550mm turun dalam tempoh dua hari.
Ujar Darren Jack, hujan lebat itu menyebabkan haiwan-haiwan liar mencari perlindungan termasuk labah-labah yang memanjat dinding bangunan motel miliknya.
“Ada cacing tanah besar cuba masuk ke dalam di bawah pintu dan cuba memuatkan dirinya,” kata lelaki itu seperti dipetik Daily Mail.
“Ia cuba melepaskan diri daripada tanah yang tepu dan cuma ingin mendapatkan tempat berteduh.”
Selain itu tambahnya, penemuan cacing gergasi itu dipercayai daripada jenis cacing raksasa atau turut dikenali sebagai digaster longmani.
Baka cacing itu juga dipercayai boleh membesar seperti hos paip dengan panjang mencecah 2.5 meter. Haiwan yang tinggal di bawah tanah ini dikatakan jarang dilihat melainkan ketika hujan lebat atau melakukan penggalian.
BACA JUGA: (Video) Boleh Membesar Seperti Hos Paip, Cacing ‘Gergasi’ Ditemui ‘Munculkan Diri’
Sumber: CNN