Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Boleh Membesar Seperti Hos Paip, Cacing ‘Gergasi’ Ditemui ‘Munculkan Diri’

Kumpulan cacing tanah gergasi dilaporkan muncul daripada air banjir dipercayai bagi melepaskan diri daripada hujan lebat yang menimpa Queensland, Australia.

Lapor Daily Mail, seorang pemilik motel di Tamborine Mountain telah menemui seekor cacing besar di bawah pintu salah sebuah bilik tetamu di sana susulan hujan lebat dengan kadar 550mm turun dalam tempoh dua hari.

Ujar Darren Jack, hujan lebat itu menyebabkan haiwan-haiwan liar mencari perlindungan termasuk labah-labah yang memanjat dinding bangunan motel miliknya.

“Ada cacing tanah besar cuba masuk ke dalam di bawah pintu dan cuba memuatkan dirinya,” kata lelaki itu seperti dipetik Daily Mail.

“Ia cuba melepaskan diri daripada tanah yang tepu dan cuma ingin mendapatkan tempat berteduh.”

Selain itu tambahnya, penemuan cacing gergasi itu dipercayai daripada jenis cacing raksasa atau turut dikenali sebagai digaster longmani.

Baka cacing itu juga dipercayai boleh membesar seperti hos paip dengan panjang mencecah 2.5 meter. Haiwan yang tinggal di bawah tanah ini dikatakan jarang dilihat melainkan ketika hujan lebat atau melakukan penggalian.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.