Siakap Keli
Satu Pertiga Penduduk Gaza Perlu Sokongan Psikologi
Gambar via Suadi Gazette

Satu Pertiga Penduduk Gaza Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Perlu Bantuan Psikologi

Satu Pertiga Penduduk Gaza Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Perlu Bantuan Psikologi

Penyelaras Hal Ehwal Kemanusian (OCHA) melaporkan peningkatan kes tahap gangguan mental dalam kalangan penduduk Semenanjung Gaza, terutama sekali golongan kanak-kanak yang kebanyakan mereka sudah mula memerlukan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikologi. 

Situasi diburukkan lagi ketika konflik tiga hari serangan pada awal bulan Ogos hingga gencatan senjata pada 7 Ogos lalu. Dalam konflik berkenaan, tentera Israel telah melancarkan kira-kira 147 serangan udara terhadap Gaza manakala pejuang Palestin telah membalas kira-kira 1,100 tembakan roket dan mortar kepada Israel. 

Penyelaras Khas Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland ketika memberi taklimat pada Majlis Keselamatan pada 8 Ogos lalu melaporkan bahawa seramai 46 rakyat Palestin telah terbunuh dan 360 cedera, manakala 70 dari warga Israel turut dilaporkan cedera. 

Menurut Pengarah Serantau UNICEF Timur Tengah dan Afrika Utara, Adele Khodr dalam satu kenyataan yang mengalukan gencatan senjata berkata, seramai 17 kanak-kanak Palestin adalah antara mereka yang terkorban di Gaza pada Ogos lalu dan serangan itu juga telah meragut nyawa ramai golongan muda. 

“Kanak-kanak merupakan mangsa majoriti dalam konflik kelima sepanjang 15 tahun yang lalu dimana ramai diantara mereka hidup dengan kesan psikologi jangka panjang akibat pendedahan berterusan kepada keganasan,” jelasnya, lapor Saudi Gazette. 

Dalam pada itu, Penyelaras Kemanusian PBB bagi Wilayah Palestin, Lynne Hastings berkata, keadaan kemanusian di Gaza sudah semakin merosot dan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan keperluan kemanusiaan dipenuhi. 

Ketua Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit UNRWA dalam sebuah bengkel anjuran Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) berkata, sokongan kesihatan dan psikologi yang disediakan agensi itu bertujuan untuk merawat lebih daripada 87,000 kes adalah salah satu program yang paling penting di Semenanjung Gaza. 

“Kami kini sedang menjalankan proses tinjaun kes dan jika kami mendapati sokongan psikologi diperlukan, ia akan disusuli dengan rawatan yang akan diberikan. Gejala biasa termasuk kemurungan dan epilepsi serta kes lain yang berkaitan dengan penyakit fizikal kronik,” jelasnya, lapor Saudi Gazette. 

Selain itu, Dr. Sami Owaida dari Program Kesihatan Mental Gaza mengaitkan cabaran psikologi yang dihadapi oleh penduduk Semenanjung Gaza dengan keadaan dan  sekatan oleh Israel di Semenanjung yang telah berlaku sejak lebih 15 tahun yang lalu. 

“Lebih dari 65 peratus penduduk Gaza hidup di bawah paras kemiskinan dan lebih 60 peratus penduduk mereka menganggur,” ucapnya. 

Kritikan Dr Owaida itu dibacakan oleh Dr. Ghada Al Jabda, ketua Program Kesihatan UNRWA yang mengatakan bahawa orang di Gaza hidup dalam keadaan kecewa dan masalah psikologi mereka berpunca dari keadaan ekonomi sosial dan politik yang semakin merosot. 

“Konflik pada Mei 2021 (di mana sebahagian besar Bandar Gaza musnah dan beratus-ratus rakyat mereka terbunuh dan cedera) membawa kepada masalah psikologi, selain dari pemotongan bekalan elektrik dan air, kadar kemiskinan yang tinggi dan juga kadar pengangguran. 

“Semua itu merupakan faktor yang membawa kapada masalah keadaan kesihatan dan psikologi penduduk Gaza yang semakin teruk,” jelasnya. 

Lebih dua juta penduduk tinggal di Semenanjung Gaza, bagaimanapun hanya terdapat satu sahaja hospital kesihatan mental dengan kapasiti lima puluh katil untuk berkhidmat di lima kawasan Semenanjung tersebut.

BACA: Tolong Bela Anak Luar Nikah Kawan Atas Dasar Kemanusiaan, Wanita Berdepan Hukuman Penjara

Sumber: Saudi Gazette

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.