Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan Mesti Ditangani Dengan Cermat Elak Dipolitikkan – Istana Negara

Pelantikan Hakim Mahkamah atasan
Gambar: Bernama

Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan Mesti Ditangani Dengan Cermat Elak Dipolitikkan – Istana Negara

KUALA LUMPUR — Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.

“Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri.

“Hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

BACA: CAAM Sahkan Kemalangan Helikopter PDRM Di Gelang Patah