Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Moto3: Bermula P16, Hakim Danish Bangkit Raih Top 7 Di GP Belanda

Hakim Danish
Sumber: Stadium Astro

Moto3: Bermula P16, Hakim Danish Bangkit Raih Top 7 Di GP Belanda

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan aksi membanggakan apabila bangkit daripada petak permulaan ke-16 untuk menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Belanda di kedudukan ketujuh selepas mengharungi saingan sengit di Litar Assen.

Pelumba berusia 19 tahun itu tampil agresif sejak awal perlumbaan dengan berjaya memintas beberapa pencabar sebelum menyertai kelompok hadapan.

Malah, beliau sempat berada dalam kelompok yang berpeluang menaiki podium ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan.

Bagaimanapun, persaingan yang semakin sengit pada penghujung perlumbaan menyaksikan Hakim Danish terlepas peluang menamatkan perlumbaan dalam kelompok tiga terbaik dan terpaksa berpuas hati di kedudukan ketujuh.

Lapor Stadium Astro, Hakim Danish pada mulanya melintasi garisan penamat di tempat ke-10.

Namun, beberapa pelumba di hadapannya dikenakan penalti selepas perlumbaan. Ia sekali gus melonjakkan kedudukan pelumba negara itu ke tangga ketujuh dalam keputusan rasmi.

Perlumbaan tersebut dikuasai dua pelumba Sepanyol, Maximo Quiles dan David Almansa, yang saling bersaing di hadapan sepanjang saingan. Manakala, Marco Morelli melengkapkan kedudukan tiga pelumba terbaik.