Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala Dunia 2026: Manchester United Bakal Terima Pampasan Daripada FIFA

Manchester United
Gambar: AFP

Piala Dunia 2026: Manchester United Bakal Terima Pampasan Daripada FIFA

Manchester United dijangka menerima pampasan sekitar £5.78 juta (kira-kira RM23 juta) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan kecederaan serius yang dialami pemain tengahnya, Manuel Ugarte ketika mewakili Uruguay di Piala Dunia 2026.

Pampasan itu diberikan menerusi Program Perlindungan Kelab FIFA, yang diwujudkan bagi melindungi kelab daripada kerugian kewangan apabila pemain mengalami kecederaan ketika menjalankan tugasan bersama skuad kebangsaan.

Di bawah program berkenaan, FIFA akan menanggung gaji mingguan Ugarte sebanyak £120,000 (kira-kira RM655,563) sepanjang tempoh pemulihannya, yang dijangka mengambil masa sehingga setahun sebelum kembali beraksi.

Bagaimanapun, pembayaran pampasan hanya akan bermula selepas tempoh 28 hari pertama sejak pemain itu mengalami kecederaan.

Sebelum ditimpa kecederaan, Ugarte dilaporkan berada dalam senarai pemain yang berpotensi meninggalkan Manchester United menjelang musim baharu.

Namun, kecederaan lutut serius yang dialaminya ketika aksi Piala Dunia 2026 bukan sahaja menjejaskan perancangannya, malah memaksanya berehat panjang daripada saingan bola sepak.