Tasik terbesar di Pakistan, Tasik Manchar, berada di ambang untuk melimpah selepas usaha pihak berkuasa untuk mengalir keluar air dengan kaedah terkawal, menemui kegagala, lapor The Guardian.
Dalam usaha untuk mengelakkan bencana lebih buruk, pihak berkuasa membina saluran di beberapa kawasan tasik pada Ahad untuk mengeluarkan air. Langkah itu menyebabkan sekurang-kurang 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan, bagaimanapun mereka percaya usaha berkenaan dapat mengelakkan kawasan dengan populasi penduduk lebih padat daripada ditenggelami banjir.
Namun, Menteri Pengairan Wilayah, Jam Khan Shoro berkata, usaha itu dilaporkan tidak berhasil dan paras air di Tasik Manchar masih berada pada paras yang sama dan belum turun.
Satellite selfies of Asia's largest Natural lake (MANCHAR LAKE) Sindh, Pakistan.#dangerous #Water_level. pic.twitter.com/psSfHmpJq5
— mh wahla (@mh_wahla360) September 6, 2022
Disamping itu, Perdana Menteri, Shahbaz Sharif dilaporkan telah melawat Sindh untuk meninjau sendiri kerosakan yang berlaku bersama Menteri Luar Negeri dengan menaiki sebuah helikopter pada Isnin lalu.
Difahamkan, separuh dari wilayah tersebut merupakan kawasan penghasilan sumber makanan negara itu, malangnya 90% daripada tanaman telah musnah manakala seluruh kampung telah dihanyutkan oleh arus deras banjir.
Baru-baru ini, imej satelit telah menunjukkan bahawa satu pertiga daripada negara itu kini dipenuhi air dan lebih dari 1.6 juta rumah dilaporkan rosak sejak pertengahan Jun.
Agensi pelarian PBB telah menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan pada Isnin lalu dengan menggunakan dua pesawat UNHCR yang mendarat di bandar pelabuhan selatan Karachi, ibu kota wilayah Sindh. Dalam pada itu, pesawat ketiga yang membawa bantuan dari Turkmenistan juga dilaporkan mendarat di Karachi.
Wakil agensi kanak-kanak PBB, Unicef, Abdullah Fadil berkata, banjir telah menyebabkan ramai kanak-kanak dan keluarga terpaksa berada di tempat terbuka tanpa akses kepada keperluan asas kehidupan.
Memetik The Guardian, banjir yang disusuli dengan musim panas dan hujan itu telah memecahkan rekod bencana di negara tersebut. Kerajaan Pakistan dan PBB mendakwa pemanasan iklim merupakan punca utama berlakunya bencana itu.
BACA: Remaja Cedera Parah, Tular Rakaman Dihentam Kereta Api Ketika Buat “Content” Berjalan Tepi Trek
BACA: Imej Satelit Dedah Kemusnahan Di Pakistan, Sahkan 1/3 Kawasan Ditenggelami Air
BACA: 1/3 Pakistan Ditenggelami Banjir, “Macam Lautan, Tiada Lagi Daratan Kami Nak Pam Keluar Air”
BACA: Impak Dilanda Banjir Dahsyat, Tasik Seluas 100km Dilapor Terbentuk Di Pakistan
Sumber: The Guardian