Siakap Keli
Remaja Kereta Api

Remaja Cedera Parah, Tular Rakaman Dihentam Kereta Api Ketika Buat “Content” Berjalan Tepi Trek

Seorang remaja 17 tahun di India dilaporkan cedera parah selepas dirempuh oleh kereta api laju ketika sedang berjalan di sisi landasan. Difahamkan, insiden itu dilaporkan berlaku pada Ahad di Kazipet, Telangana, India. 

Video insiden tersebut yang dimuat naik oleh pengguna Twitter menjadi tular yang memperlihatkan dengan sangat jelas insiden mengerikan itu. Menerusi video yang dikongsikan, mangsa kelihatan tercampak ke udara sebelum jatuh ke tanah akibat dirempuh dengan terlalu kuat. 

“Remaja 17 tahun cedera parah ketika sedang merakamkan video Instagram di landasan kereta api berhampiran Kazipet di Telangana,” tulisnya di ruangkan kapsyen. 

Difahamkan, kejadian tersebut dilihat oleh salah seorang pengawal kereta api dan segera melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan juga ambulans untuk dibawa ke hospital dan dirawat. mangsa di bawa ke hospital kerajaan sebelum ahli keluarga bertindak memindahkan mangsa ke hospital swasta. 

Menurut laporan, mangsa mengalami patah tulang pada bahagian kaki dan juga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Dalam pada itu, salah seorang individu yang berada berhampiran tempat kejadian telah memberi amaran kepada mangsa untuk tidak berjalan terlalu hampir dengan landasan kereta api tersebut, namun mangsa tidak memperdulikan amaran tersebut.

BACA: Tersiksa Dikurung Bertahun-tahun, Kisah Pilu Liszka, Anjing ‘Terlupa’ Cara Nak Berjalan Bila Dibebaskan

BACA JUGA: “Ini Baru Malaysia”, Viral Abang Ni Buka & Bagi Pinjam Baju Berkolar, Tolong Pemuda Nak Ambil Ujian Memandu

Sumber: First Post 

Faiz Mustafa