Siakap Keli
Lizsky
Gambar via Good Times

Tersiksa Dikurung Bertahun-tahun, Kisah Pilu Liszka, Anjing ‘Terlupa’ Cara Nak Berjalan Bila Dibebaskan

Tersiksa Dikurung Bertahun-tahun, Kisah Pilu Liszka, Anjing ‘Terlupa’ Cara Nak Berjalan Bila Dibebaskan

Hampir semua haiwan di muka bumi ini mempunyai habitat tersendiri yang memerlukan kebebasan untuk melakukan apa sahaja termasuk mencari dan memburu makanan mereka. Namun, ada juga haiwan yang perlu bantuan dari manusia untuk terus bertahan hidup sebagai contoh kucing dan anjing peliharaan. 

Walau bagaimanapun, ia bukan satu ‘tiket’ untuk membolehkan kita bersikap tidak adil atau kejam dengan haiwan-haiwan ini dengan tindakan mengurung ia di dalam sangkar. Tindakan ini juga boleh menjejaskan kesihatan mental dan juga fizikal seekor haiwan yang sememangnya habitat mereka adalah kebebasan. 

Inilah nasib yang menimpa Liszka, seekor anjing yang dipercayai tidak mampu berjalan dengan sempurna gara-gara dikurung dalam sangkar yang kecil terlalu lama oleh penjaga asalnya dan tidak pernah sekali pun dibenarkan keluar. Selain itu, anjing ini juga terpaksa buang air kecil dan besar di dalam sangkar dan tidur di atasnya. 

Memetik Good Times, salah seoran jiran kepada pemilik Liszka melaporkan hal tersebut kepada pasukan penyelamat dari OTOZ Animals. Tiba di lokasi kejadian, mereka bersimpati dengan keadaan Liszka yang sangat menyedihkan. Difahamkan, ini bukanlah kali pertama mereka melakukan layanan tidak adil terhadap haiwan. 

“Anjing itu hanya terbaring dan seperti menunggu saat kematiannya,” jelas mereka. 

Dalam pada itu, kejadian menjadi agak tegang kerana lelaki tersebut enggan melepaskan anjing itu hingga terpaksa menghubungi pihak polis. Ia tidak mudah pada awalnya, namun anjing itu berjaya juga dikeluarkan dari sangkarnya selepas beberapa kali memujuk. 

Disamping itu, Liszka juga kelihatan menggeletar ketakutan apabila ada manusia yang mendekatinya seolah-olah trauma. Jelaslah bahawa mereka tidak pernah sekalipun menunjukkan rasa kasih sayang kepadanya dan ia juga kelihatan sangat keliru. 

Lebih menyedihkan, anjing tersebut lupa bagaimana cara untuk berjalan dan kakinya kelihatan sangat lemah hingga memerlukan terapi. Walau bagaimanapun, selepas seminggu dirawat, Lizska sudah mula pulih dan mempercayai manusia semula. Bahagian ototnya juga sudah semakin kuat dan gemar berjalan dan juga berjoging, lapor Good Times.

BACA: Viral Rakaman Budak Empat Tahun Didakwa Bertunang, Siap Ada Rombongan & Sarung Cincin

Sumber: Good Times

Faiz Mustafa