Siakap Keli
Isteri Enggan Lakukan Hubungan Seks
Gambar : Google

Isteri Enggan Lakukan Hubungan Seks, Lelaki Tergamak Lepaskan Nafsu Rogol Adik Sendiri

Isteri Enggan Lakukan Hubungan Seks, Lelaki Tergamak Lepaskan Nafsu Rogol Adik Sendiri

INDONESIA – Seorang lelaki tergamak merogol adik kandung dan adik iparnya sendiri gara-gara isterinya dilaporkan menolak permintaan untuk lakukan hubungan intim bersamanya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Situbondo, AKP Dhedi Ardi Putra berkata, kejadian tersebut berlaku apabila isterinya menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seksual bersama.

“Pengakuannya menyatakan bahawa suspek meminta untuk melakukan hubungan intim bersama isterinya namun tidak dilayan. Kemudian dia melepaskan nafsunya kepada adik ipar dan adiknya sendiri,” jelas Dhedi, Selasa ( 6/9/2022).

Dilaporkan, isterinya menolak permintaannya dengan alasan suspek belum memberikan nafkah sebanyak Rp 100 ribu (RM30) sehari pada hari tersebut.

Disebabkan perkara itu, suspek bertindak nekad merogol adik kandung dan adik iparnya yang masih lagi bersekolah di peringkat menengah rendah.

“Kami segera menahan suspek bersama sejumlah barang bukti,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Situbondo AKP Dhedi Ardi Putra, Selasa (6/9/2022).

Tambah Dhedi Ardi, penduduk sekitar yang berang terhadap tindakan suspek itu telah bersedia untuk menghukum mangsa, namun tidak berkesempatan kerana kehadiran pihak polis yang kemudiannya segera menahan suspek.

Sumber : Detik Jatim

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.