Siakap Keli
jabatan penjara nafi najib ditempatkan di rumah
Gambar: Jabatan Penjara/Bernama

Jabatan Penjara Malaysia Nafi Najib Ditempatkan Di Sebuah Rumah ‘Khas’

Jabatan Penjara Malaysia Nafi Najib Ditempatkan Di Sebuah Rumah ‘Khas’

Jabatan Penjara Malaysia hari ini menafikan sebuah kenyataan berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ditempatkan di sebuah rumah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform Twitter, Jabatan Penjara berkongsi satu gambar yang memaparkan mesej yang mendakwa Ahli Dewan Rakyat Pekan itu tidak berada di penjara sebaliknya di sebuah rumah.

“Najib tidak berada dalam sel. Seorang rakan sepupunya yang merupakan Pengurus di Jabatan Penjara Kajang berkata Najib ditempatkan di sebuah rumah di kawasan penjara.

“Rumah itu dikhaskan untuk Pegawai Kanan Jabatan Penjara,” dakwa mesej di aplikasi WhatsApp itu.

 

Terdahulu, Najib telah menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bagi kesalahan menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Jabatan Penjara Malaysia Nafi Najib Diberi ‘Layanan Istimewa’

Sementara itu, Jabatan Penjara Malaysia sebelum ini turut menafikan bahawa Najib menerima layanan istimewa di penjara berkenaan selepas tular khabar angin berkaitan isu tersebut, lapor Siakap Keli.

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Penjara Malaysia telah memuat naik satu perkongsian di Facebook yang menggesa agar orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu tersebut.

BACA JUGA: Jabatan Penjara Malaysia Nafi Najib Diberi ‘Layanan Istimewa’

Sumber: Twitter Jabatan Penjara

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?