Siakap Keli
kajian terbaru dapati glasier kiamat akan mencair
Gambar: NBC News/ The The Washington Post

Kajian Terbaru Dapati ‘Glasier Kiamat’ Akan Mencair Lebih Pantas, Paras Air Laut Dikhuatiri Meningkat Dua Kali Ganda

Kajian Terbaru Dapati ‘Glasier Kiamat’ Akan Mencair Lebih Pantas, Paras Air Laut Dikhuatiri Meningkat Dua Kali Ganda

Sebuah ketulan ais glasier yang menjadi perhatian dunia berkemungkinan akan mencair lebih pantas, tidak seperti yang diramalkan sebelum ini hingga menyebabkan kenaikan paras air laut, lapor NBC News.

Menurut Nature Geoscience dalam satu kajian jurnal, Glasier Thwaites Antartika atau digelar sebagai ‘glasier kiamat’ mampu meningkatkan paras air laut dua kali ganda lebih cepat dalam beberapa tahun ini.

Difahamkan, kajian itu telah dilakukan sejak 30 tahun lalu ke atas pergerakan glasier tersebut melalui imej satelit.

Pengkaji mendapati ketulan glasier berukuran 2,092 meter (1.3 batu) itu cair lebih cepat pada 100 tahun lalu berbanding pada tahun 2011 hingga 2019.

ais glasier
Gambar: NBC News

Profesor Oseanografi Fizikal di Universiti Gothenburg di Sweden, Anna Wahlin berkata, walaupun ia adalah berita baik kerana glasier itu cair lebih lambat dari sebelum ini, namun ia mungkin berlaku lagi dan itu adalah berita buruk.

Para penyelidik bimbang dengan situasi ais glasier yang semakin susut (cair) di kawasan kutub menyumbang kepada peningkatan paras air laut.

“Thwaites menunjukkan beberapa kesan pencairan glasier yang lebih pantas pada masa akan datang. Ia bergerak ke kawasan air laut yang hangat,” kata Wahlin.

Glasier Thwaites merupakan salah satu bongkah ais terbesar di Antartika dan keluasannya menyamai wilayah Florida. Sekiranya cair, ia mampu menyumbang sebanyak lima peratus kenaikan paras air laut atau bersamaan dua kaki tinggi.

“Sukar untuk menjawab betapa bahaya ancaman namun kami mempunyai data yang dapat dikaitkan untuk menjawab persoalan itu,” jelas Wahlin lagi.

Sebelum ini, menerusi hasil kajian pengkaji meramalkan aisberg itu mungkin cair pada tahun 2031. Setelah diteliti, mereka berpendapat ia berkemungkinan disebabkan perubahan iklim di bumi.

Kajian Terbaru Dedah Glasier Di Antartika Diancam ‘Kekuatan Yang Tak Dapat Dilihat’ Dari Dalam Bumi

ais glasier

Dalam laporan Siakap Keli terdahulu memaklumkan bahawa pencairan glasier dan ais di Antartika berlaku disebabkan perubahan iklim yang semakin buruk.

Menurut laporan itu, glasier di Antartika Barat yang dikenali sebagai Thwaites Glacier atau Doomsday Glacier menjadi salah satu ‘mangsa’ tersebut.

Memetik laporan Live Science, Thwaites telah kehilangan kira-kira 595 bilion tan ais sejak tahun 1980-an dan menyumbang 4% kepada kenaikan permukaan laut global tahunan pada ketika itu.

Kadar kehilangan ais juga telah meningkat dengan pesat dalam tiga dekad yang lalu. Sebahagiannya disebabkan oleh sungai-sungai tersembunyi dari air laut yang agak panas di bahagian bawah glasier serta perubahan iklim yang tidak menentu yang menghangatkan udara dan lautan.

BACA JUGA: Kajian Terbaru Dedah Glasier Di Antartika Diancam ‘Kekuatan Yang Tak Dapat Dilihat’ Dari Dalam Bumi

Sumber: NBC News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?