Tak Sempat Penduduk Nak ‘Merasa’, Jambatan Roboh Ketika Dirasmikan
Sebuah jambatan dilaporkan runtuh ketika dirasmikan di Republik Demokratik Congo pada minggu lepas, lapor Khaama Press.
Dalam video yang tular di media sosial, seorang pegawai dilihat sudah bersiap sedia untuk merasmikan jambatan itu yang lengkap dengan reben merah dan gunting bersamanya.
Bagaimanapun, selepas memotong reben merah, jambatan berkenaan tiba-tiba roboh dan membuatkan mereka yang berada di atas struktur itu panik.
Bridge collapses while being commissioned in DR Congo. pic.twitter.com/hIzwKWBx9g
— Africa Facts Zone (@AfricaFactsZone) September 5, 2022
Salah seorang pegawai wanita yang berada di atas jambatan tersebut berjaya diselamatkan apabila seorang lelaki berjaya menolongnya.
Manakala, pegawai-pegawai yang lain dilihat masih berada di atas jambatan itu. Tetapi mujurlah mereka tidak jatuh ke bawah.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.
Dalam pada itu, berdasarkan video kemalangan tersebut, orang ramai mempersoalkan kualiti pembinaan jambatan itu selepas rakaman itu tersebar di media sosial.
Difahamkan, jambatan itu dibina bagi membantu penduduk tempatan untuk menyeberangi sungai sewaktu musim tengkujuh ekoran laluan sebelum itu seringkali pecah.
Sehingga kini, video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Ada yang berkata bahawa reben itu nampaknya seperti ‘mengikat’ jambatan tersebut, menyebabkannya runtuh apabila digunting.
BACA JUGA: (Video) Hujan Tak Henti Sejak Malam Tadi, Jambatan Hubungkan Beberapa Kampung Di Kota Belud Runtuh
Sumber: NDTV, Khaama Press