Siakap Keli

(Video) Hujan Tak Henti Sejak Malam Tadi, Jambatan Hubungkan Beberapa Kampung Di Kota Belud Runtuh

Hujan lebat sejak lewat malam tadi telah menyebabkan beberapa lokasi di bandar Kota Kinabalu mengalami banjir kilat.

Terbaru, BernamaTV melaporkan bahawa jambatan besi sungai Panataran Kampung Malangkap yang menghubungkan beberapa buah kampung di Kota Belud telah runtuh.

Ia berikutan hujan tidak berhenti-henti di kawasan ini sejak malam tadi.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh BernamaTv, dapat dilihat bahawa jambatan tersebut runtuh disebabkan oleh arus deras di sungai tersebut.

Pagi tadi, Bernama melalui ciapan di Twitter turut berkongsikan keadaan yang dilanda banjir. Antaranya ialah di Jalan Sulaman berdepan INTAN Kampus Sabah yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

Sumber: BernamaTV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa