Siakap Keli
taufan Hinnamnor badai korea selatan
Gambar: Twiiter/ Yonhap via EPA/ Yonhap Via AFP

Taufan Hinnamnor Badai Korea Selatan, Lebih 66,000 Buah Rumah Terjejas, Dua Orang Dilapor Maut 

Taufan Hinnamnor Badai Korea Selatan, Lebih 66,000 Buah Rumah Terjejas, Dua Orang Dilapor Maut 

Ribuan orang terpaksa dipindahkan dan lebih 66,000 buah rumah terjejas selepas ribut taufan Hinnamnor membadai Korea Selatan semalam, lapor The Washington Post.

Difahamkan, taufan berkenaan membadai negara itu dengan membawa angin kencang melebihi 144 km/j dan hujan lebat sekitar jam 4.50 pagi waktu tempatan.

Ekoran itu, berlaku kejadian tanah runtuh, jalan rosak dan banjir, maklum Jabatan Meteorologi Korea.

Lebih teruk lagi, Taufan Hinnamnor itu telah menganggu kegiatan industri di Korea Selatan hingga memaksa sesetengah pihak menangguhkan operasi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea, dianggarkan seramai 3,500 orang telah dipindahkan dari kediaman mereka atas faktor keselamatan.

taufan Hinnamnor
Gambar: NASA Via Maritime Logistics Professional

Taufan Hinnamnor itu dilaporkan telah meragut seorang korban di Pohang selepas dihanyutkan arus banjir manakala seorang lagi maut di bandar berhampiran Gyeongju, lapor pihak berkuasa.

Malah, tular di media sosial mengenai sebuah rumah di negeri itu yang hanyut dibawa arus deras.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyeru rakyatnya untuk sentiasa berjaga-jaga walaupun keadaan semakin pulih.

Taufan Hinnamnor itu menunjukkan taburan hujan tidak normal merentasi sebahagian besar wilayah di negara itu sejak dua hari lalu, maklum sebuah agensi berita tempatan.

Keadaan dikeruhkan apabila empangan berhampiran selatan melimpah dan tiada sebarang laporan mengenai pembukaan struktur itu oleh pihak berkuasa Korea Utara walaupun telah diminta sebelum ini, lapor pihak ketenteraan Korea Selatan.

“Sekiranya kita gagal menghalang kerosakan akibat taufan, kita akan kehilangan hasil tanaman yang telah diusahakan sepanjang musim bunga dan panas,” lapor akhbar rasmi, Rodong Sinmun Utara.

Kebiasaannya taufan seringkali melanda lautan Pasifik antara Jun dan November namun pengkaji ramalan cuaca telah memberikan amaran berhubung kejadian cuaca ekstrem akan lebih kerap berlaku termasuk pemanasan global.

Dalam pada itu, pengguna media sosial telah memuat naik beberapa video yang menyaksikan detik-detik ketika taufan itu berlaku.

Sumber: The Washington Post

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.