Siakap Keli
Bot 'Donut' Kemalangan

Tular ‘Bot Donut’ Sarat Penumpang Dilanggar Bot, Ada Penumpang Tercampak Ke Laut

Tular ‘Bot Donut’ Sarat Penumpang Dilanggar Bot, Ada Penumpang Tercampak Ke Laut

Hari ini, tular satu rakaman yang menunjukkan sebuah bot donut, atau bot pelampung yang sarat dengan penumpang dilanggara oleh sebuah bot.

Ia menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh pelbagai individu dan juga laman-laman facebook antaranya adalah Facebook Negeri Sembilan Kini. Perkongsian berkenaan pantas menarik perhatian orang ramai yang kemudian membuat perkongsian semula dan meninggalkan komen di ruangan komentar.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas sebuah bot ‘donut’ yang sarat dengan penumpang sedang ditarik oleh sebuah bot di kawasan laut berdekatan pantai. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar penumpang dalam bot donut berkenaan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, kamera merakam kehadiran sebuah bot yang lain yang kemudian melanggar bot donut yang sedang ditarik itu. Berdasarkan rakaman yang tular, bot donut itu kelihatan dilanggar daripada bahagian sisi.

Sebaik sahaja dilanggar, dapat dilihat ada penumpang-penumpang bot donut itu tercampak ke dalam laut. Rakaman kemudiaannya terhenti setakat itu dan tiada rakaman lanjut ditemui.

Tiada perkongsian lanjut dibuat mengenai status penumpang di dalam bot donut tersebut. Tidak dapat dipastikan sama ada penumpang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan mengalami kecederaan atau sebaliknya.

Turut tidak diketahui adalah status jurukemudi atau penumpang bot yang melanggar bot donut berkenaan. Setakat ini, lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan.

https://www.facebook.com/watch/?v=480266753984755

BACA: Baling Dilanda Banjir Lagi Semalam, Air Mengalir Deras Hingga Masuk Rumah Penduduk

Sumber: Negeri Sembilan Kini

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.