Siakap Keli
Brazil sekat Penjualan iPhone Tanpa Pengecas
Gambar via MacRumors

Brazil Arah Apple Henti Jual iPhone Tanpa Pengecas, Dakwa Sengaja Diskriminasi Pengguna

Brazil Arah Apple Henti Jual iPhone Tanpa Pengecas, Dakwa Sengaja Diskriminasi Pengguna

Brazil dilapor mengarahkan Apple menghentikan penjualan iPhones yang tidak disertakan dengan pengecas bateri di negara itu. Kementerian Kehakiman dalam keputusannya mendakwa syarikat itu menjual produk yang tidak lengkap kepada pelanggannya. 

Apple juga dikenakan denda berjumlah RM10.7 juta dan diarahkan untuk menghentikan penjualan model iPhone 12 dan ke atas serta penjualan mana-mana peranti keluarannya yang tidak disertakan dengan pengecas bateri. 

Dalam sidang perbicaraan itu, pihak kementerian mengeluarkan hujah dengan mengatakan bahawa pihak Apple tidak menyediakan kompenen yang penting kepada peranti itu dan menganggap ia adalah satu amalan diskriminasi yang disengajakan terhadap pengguna. 

Dalam pada itu, pihak pendakwa juga menolak hujah Apple yang mendakwa pengecas tidak disertakan kerana mahu mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan memelihara alam sekitar dengan membidas bahawa tiada bukti kukuh yang dapat menyokong dakwaan tersebut. 

Menurut MacRumors, keputusan itu dikeluarkan sehari sebelum Apple dijangka mengumumkan model iPhone terbaru mereka. 

Disamping itu, pihak Apple Inc berkata mereka akan membuat rayuan berhubung sekatan tersebut dan menegaskan bahawa dakwaan bahawa syarikat mereka menyediakan produk yang tidak lengkap kepada pengguna adalah tidak benar.

BACA: Pemuda & Remaja Perempuan Dipercayai Kekasih Ditemui Mati Dalam Perodua Kancil

BACA: Tinggalkan ‘PetroDollar’, Rusia & China Sepakat Guna Mata Wang Yuan, Rubel Untuk Bayar Harga Gas

Sumber: MacRumors, India Times

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.