Bunyi Letupan Kejutkan Orang Ramai, Proton Wira Dilapor Terbakar Di Titiwangsa
Sebuah kenderaan jenis Proton Wira dilaporkan terbakar di bahu jalan di Jalan Kuantan, Titiwangsa sekitar jam 1.50 petang tadi.
Menurut Bernama TV, bunyi letupan dan kepulan asap tebal daripada kereta itu memeranjatkan orang awam yang beriadah di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.
Bagaimanapun, punca kejadian sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti, lapor Bernama.
Sebuah kereta Proton Wira di bahu jalan Jalan Kuantan, Titiwangsa terbakar kira-kira jam 1.50 petang tadi.
Punca kejadian belum dikenal pasti. pic.twitter.com/NkCLmANdKz
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 8, 2022
Bunyi letupan dan kepulan asap tebal memeranjatkan orang awam yang beriadah di sekitar Taman Tasik Titiwangsa apabila sebuah kenderaan jenis proton Wira di bahu jalan Jalan Kuantan, Titiwangsa di sini terbakar kira-kira jam 1.50 tengah hari tadi.Punca kejadian belum dikenalpasti. pic.twitter.com/z5H0bKSDuk
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 8, 2022
Empat Honda Baharu Musnah, Treler Terbakar
Terdahulu, sebanyak empat buah kereta yang dipercayai jenis Honda dilapor musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah treler yang membawa muatan kenderaan itu.
Memetik laporan Utusan, kebakaran itu berlaku di Kilometer 227.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara.
Dalam kejadian yang dilapor berlaku di kawasan berhampiran sempadan Negeri Sembilan-Melaka itu, sebanyak empat buah kenderaan baharu jenama tersebut didapati musnah ditelan api yang marak.
BACA JUGA: Empat Honda Baharu Musnah, Treler Terbakar
Sumber: Bernama