Kren ‘Tumbang’ & Hempap Kontena, 3 Pekerja Di Tapak Pembinaan Dilapor Maut
Tiga maut manakala enam yang lain cedera apabila sebuah kren tumbang di tapak pembinaan di Sau Mau Ping Kowloon, Hong Kong pada Rabu, lapor China Daily.
Difahamkan, kren seberat 65 tan itu jatuh dan menghempap beberapa kontena yang digunakan sebagai pejabat sementara di tapak pembinaan Housing Society di Anderson Road pada jam 10.49 pagi waktu tempatan.
Dalam kejadian tersebut, lima pekerja dilaporkan terperangkap di dalam kontena. Ekoran itu, anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Sejurus tiba, anggota bomba mengesahkan bahawa seorang mangsa telah maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia sewaktu berada di Hospital United Christian akibat mengalami keretakan tulang.
Manakala mangsa ketiga ditemui maut di bawah kren selama berjam-jam sebelum kren itu ditarik selepas jam 6 petang waktu tempatan, lapor RHTK.
Memetik laporan Persatuan bagi Hak Mangsa Kemalangan Industri, kesemua mangsa adalah berumur antara 22 hingga 41 tahun, yang terdiri daripada seorang jurutera, pembantu jurutera dan tukang elektrik.
Sementara itu, empat orang cedera ringan manakala dua daripadanya parah terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut
Ketua Eksekutif, John Lee Ka-chui mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dan mendoakan mangsa yang cedera kembali pulih.

Menurut Persatuan Perumahan, pihaknya akan memberikan RM171,00 kepada keluarga pekerja yang maut dan RM57,000 kepada mangsa yang cedera, lapor RTHK.
Jabatan Buruh kini telah mengeluarkan notis penggantungan kepada kontraktor untuk menggantung semua aktiviti di tapak pembinaan berkenaan .
“Notis itu akan dikuatkuasakan sehingga mendapat info selamat daripada pihak jabatan untuk beroperasi semula,” maklum jabatan itu.
Kes itu telah diklasifikasikan sebagai kemalangan industri dan Jabatan Buruh telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.
A tower crane has collapsed on a container, which struck a group of workers at a public housing construction site in Hong Kong. pic.twitter.com/h99gHKDEdc
— South China Morning Post (@SCMPNews) September 7, 2022
Sumber: China Daily