Siakap Keli
Langkah Mudah Tukar Semula Nama Di JPN
Gambar: Bernama

Menyesal ‘Bubuh’ Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Langkah Mudah Tukar Semula Nama Di JPN

Menyesal ‘Bubuh’ Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Langkah Mudah Tukar Semula Nama Di JPN

Setiap ibu bapa pastinya teruja untuk menamakan anak mereka terutamanya bagi yang baru pertama kali dikurniakan cahaya mata.

Namun kini nama terlalu panjang seakan telah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia, ada yang bercampur dengan pelbagai bahasa dan berubah ejaan untuk sebutan yang sama.

Jika diperhatikan, nama yang diberikan pada masa dahulu lebih ringkas dan mudah dipanggil namun terdapat perubahan dan kelainan pada nama kanak-kanak zaman kini.

Namun, ia bukanlah satu kesalahan selagi membawa maksud yang baik seperti yang dituntut oleh agama.

Selain itu, terdapat juga sesetengah ibu bapa ingin menukar nama anak yang sudah didaftarkan kerana mempunyai maksud yang tidak baik.

Kini, para ibu bapa boleh memohon untuk menukar nama anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dengan mengikuti langkah dan syarat yang telah dikeluarkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cara yang perlu dilakukan, iktui perkongsian yang dikongsi oleh portal Sinar Plus seperti berikut:

A. Pengubahan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah (1) Tahun.

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.

Permohonan pengubahan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.

2. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen yang perlu dikemukakan:

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK 81)(asal).

vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada.

Pemohonan berharga RM5

Borang yang diperlukan:

JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan

BMK 81 – Borang Maklumat Keluarga

*Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.

B. Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 21 Tahun

Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan tanpa nama bagi kanak-kanak berumur satu (1) tahun dan tidak melebihi 21 tahun.

Permohonan kemasukan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

1. Pemilik Sijil Kelahiran.

2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.

3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen yang perlu dikemukakan:

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).

vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada.

Pemohanan berharga RM5

Borang yang diperlukan:

JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan.

BMK 81 – Borang Maklumat Keluarga.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

Gambar : Bernama

C. Sijil Kelahiran Bagi Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur 21 Tahun Dan Lebih

Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan tanpa nama bagi individu berumur lebih 21 tahun.

Permohonan Kemasukan Nama Kanak-kanak Berumur 21 Tahun dan lebih boleh dibuat oleh individu berikut:

1. Pemilik Sijil Kelahiran.

2. Ibu atau bapa kandung.

3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen Yang Diperlukan (asal dan salinan)

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran individu (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).

Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada

Pemohanan berharga RM50

Borang yang diperlukan:

JPN.LM21-Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan

BMK 81-Borang Maklumat Keluarga

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara.

Sumber: SinarPlus

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.