Siakap Keli

“I Akan Stop Sekejap Buat Video Untuk Client,” Khairul Aming Mohon Maaf

“I Akan Stop Sekejap Buat Video Untuk Client,” Khairul Aming Mohon Maaf

Semalam, tular satu isu yang bermula di Twitter apabila ada pihak yang berkongsi pengalaman berurusan dengan pembantu peribadi kepada influencer terkenal, Khairul Aming. Individu terbabit mendakwa mendapat layanan yang buruk dari pembantu peribadi tersebut.

Selepas perkara itu tular, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman dengan rendah diri memohon maaf atas apa yang berlaku dan akan menyelesaikan isu ini segera.

Terkini, Khairul Aming dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya menyatakan bahawa beliau sudah padam nombor pengurusnya itu dari semua platform media sosial Khairul Aming dan akan uruskan sendiri semua pertanyaan dari pihak luar sehingga ada pengganti.

“For the time being i akan stop sekejap buat video utk clients, including food products, restaurants or seminar etc. i want to focus on doing what i love dari 7 tahun lepas, which is video masak.”

“I nak personally minta maaf dengan semua pihak yang pernah deal dgn my manager sebelum ni. he’s my friend, and i trust him so much to handle this thing tanpa betul-betul crosscheck kualiti kerja dia. end up banyak orang ada bad experience dengan dia selama ni.”

Tambah Khairul lagi, ada yang menasihatkan beliau untuk mengasingkan hubungan persahabatan dan perniagaan. Khairul secara peribadi bersetuju dengan nasihat itu. Khairul juga sekali lagi memohon maaf kepada semua yang terlibat dan akan memperbaiki lagi servisnya di masa akan datang.

Khairul Aming sudah tujuh tahun membina namanya dengan berkongsi resipi dan memasak. Dengan penjenamaan yang kukuh, Khairul Aming mula menjual Sambal Nyet yang sehingga kini mendapat permintaan yang tinggi dan sentiasa habis terjual setiap kali restock. Kini beliau sudah memiliki dua kilang untuk mengeluarkan Sambal Nyet dengan lebih cepat dalam kuantiti yang lebih banyak.

BACA: Jualan Cecah RM 14 Juta, Khairul Aming Buka Kilang Sambal Nyet Kedua

Sumber: Khairulaming

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.