Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Mangsa Lemas Di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi Ditemui

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit Zon Maritim Tanjung Sedili

Mangsa Lemas Di Pantai Tanjung Balau Ditemui

Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi di Tanjung Balau, Kota Tinggi pagi tadi, ditemui kira-kira pukul 2.37 petang tadi.

Usaha menyelamat mangsa lemas ketika mandi di pantai Tanjung Balau pagi tadi ditamatkan pada jam 310 petand tadi. Berikutan penemuan mayat mangsa sekitar jam 2.37 petang.

Menurut Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib bin Sam, mangsa Nurish Qhalisya binti Suhailizam ,14, ditemui penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhampiran lokasi kejadian.

Mayat mangsa itu disahkan oleh waris dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 pagi daripada orang awam setelah mereka melihat ada beberapa orang terkapai-kapai meminta tolong akibat dipukul ombak.

“Kejadian itu melibatkan lima remaja perempuan dan seorang kanak-kanak beruasia di anatara tujuh hinggan 14 tahun. Lima daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh JBPM dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian. Namun dua daripadanya dalam keadaan kritikal,” kata Mohd Najib.

Operasi CARILAMAT ditamatkan sebaik sahaja mangsa lemas itu ditemui. Maritim Malaysia merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada agensi dan semua pihak yang terlibat dalam usaha sama menyelamat mangsa.

Maritim Malaysia juga menasihatkan orang ramai dan komuniti supaya mengutamakan keselamatan dan cakna dengan perubahan cuaca serta keadaan semasa agar kejadian tidak diingini berlaku. Orang ramai juga boleh menghubungi talian kecemasan MERS 999 jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Zon Maritim Tanjung Sedili