Raihan Kongsi Kenangan Bertemu Ratu Elizabeth II, Dedah Pernah Dijemput Buat Persembahan Di Edinburgh
Kumpulan nasyid tersohor tanah air, Raihan baru-baru ini telah berkongsikan satu foto yang memaparkan kenangan bertemu dengan Ratu Elizabeth II sewaktu baginda berkunjung ke Malaysia suatu masa dahulu.
Menerusi Instagram Raihan, mereka telah menceritakan bahawa baginda Ratu Elizabeth II pernah menjemput kumpulan nasyid itu untuk membuat persembahan di Edinburg.
“Raihan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian pada mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Edinburgh.
“Gambar di atas adalah sewaktu Raihan menerima kunjungan Ratu Elizabeth II di Studio Synchrosound, Petaling Jaya,” tulis kapsyen foto tersebut.
Dalam perkongsian yang sama, kumpulan nasyid tersebut turut mengajak para peminat untuk hadir ke konsert mereka yang berjudul Garis Masa Concert Raihan.
Konsert tersebut bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 26 November depan.
“Kami akan bawakan banyak lagi kisah-kisah kami menuju ke Garis Masa Concert Raihan akan datang,” katanya.
Terdahulu, Kerabat tertinggi diraja UK, Ratu Elizabeth II disahkan telah mangkat pada usia 96 tahun awal pagi tadi.
Istana Buckingham memaklumkan berkenaan kemangkatan tersebut dalam satu kenyataan rasmi seperti yang dilapor media-media di seluruh dunia.
Difahamkan seluruh UK akan melalui tempoh berkabung selama 10 hari sebagai tanda penghormatan terakhir buat baginda.
Sementara itu, anak lelaki terakhirnya, Putera Charles yang juga selaku Putera Wales secara rasminya ditabalkan menjadi Raja England pada usia 73 tahun.
View this post on Instagram
Sumber: raihannasheedofficial
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang