Siakap Keli

Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Kebanyakan penduduk di Lembah Klang ini tak lari daripada kesibukan bekerja. Jadi tidak hairanlah kalau sekali sekala tu mesti ada yang nak reward diri makan buffet, pergi spa urut badan dan sebagainya.

Tapi kalau nak buat semua tu, harga yang ditawarkan selalunya mahal. Nak pergi reward diri sendiri pun kadang kala perlu fikir dua tiga kali. Manakan tidak, ada yang satu kepala dah sampai RM70 ke atas. Spa pula RM150 untuk sejam. Bila fikir-fikir balik terpaksa batalkan niat tu sebab sayang duit.

Ni ada berita baik untuk korang. SK nak kongsikan lubuk rahsia untuk korang yang nak mencari spa serta buffet kayangan untuk reward diri, tapi harga jadi murah sebab ada banyak diskaun ditawarkan.

Jawapannya adalah Fave. Terdapat banyak potongan diskaun yang patut korang manfaatkan dengan Fave ni. Ada kedai atau servis yang tawarkan sehingga 50 peratus diskaun dan ada yang lebih lagi daripada tu tau. Daripada kategori makanan, kecantikan, sampailah pakej percutian pun Fave ada tawarkan diskaun. Memang berbaloi. Antaranya korang boleh tengok sendiri kat bawah ni.

Untuk kategori makanan, terdapat pelbagai pilihan yang boleh korang pilih. Suka diingatkan juga, untuk pakej buffet bukan tempat yang biasa-biasa tau. Ada pakej buffet yang mengambil bahagian menawarkan potongan diskaun datang daripada hotel-hotel terkemuka di Lembah Klang.

Bahkan, kalau korang pening kepala tak ada bajet nak belanja atau nak bagi hadiah dekat kawan-kawan mahupun keluarga korang, korang boleh juga tengok dekat Fave ini. Ada kuih bulan yang ditawarkan potongan diskaun sebanyak 20 peratus. Sangat murah dan berbaloi. Tak payah susah-susah nak mencari lagi.

Yang tengah cari pakej nak bawa kawan atau keluarga korang pergi bercuti tu, korang boleh jadi pengguna bijak dengan Fave. Sebabnya banyak pakej ditawarkan pada harga lebih murah. 

Pada harga RM158 je, korang dah boleh stay Studio Suite dengan Private Jacuzzi yang berharga RM576 tau. Jimat 72 peratus tu.

Ada juga pakej glamping dari harga normal RM240, korang cuma perlu bayar RM168 je kalau korang guna Fave ni. Banyak gila kan dia potong? Kalau korang tak percaya, tengok gambar kat bawah ni.

Kalau korang nak cari spa dan salun yang murah tapi tak tahu kat mana, korang try cari dekat Fave ni. Sebab apa? Sebabnya kalau korang boleh tengok sendiri tawaran diskaun yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi. Ada yang sampai 51 peratus, 85 peratus dan 95 peratus diskaun pun ada. Daripada korang kena bayar pakej beratus-ratus, korang cuma perlu bayar puluh-puluh je. Murah gila kan? Rugi kalau korang tak guna tawaran ni.

Dengan menggunakan Fave, banyak ganjaran yang akan korang perolehi. Program kesetiaan Fave ni membolehkan ganjaran Fave ni diperluaskan kepada pengguna e-Dompet Kayaaku Finexus yang dahulunya dikenali sebagai “YippiePAY”.

Pengguna Kayaaku kini boleh menikmati faedah dengan akses kepada pelbagai jenis ganjaran segera Fave yang sebelum ini hanya eksklusif kepada pengguna Fave sahaja apabila korang menggunakan Kayaaku e-Wallet ni untuk membuat pembayaran kepada peniaga yang menerima Fave ini.

Pengguna e-Dompet Kayaaku kini boleh mengimbas mana-mana FavePay DuitNow QR dan memperoleh cashback sehingga 20 peratus pada lebih 12,000 kedai dan peruncit di seluruh negara. Antara kedai-kedai yang terima FavePay ini adalah SOGO, PUMA, PETSMORE, SF COFFEE, XIXILI dan banyak lagi.

Ciri ini akan memberikan kelebihan kepada kesetiaan dan menggalakkan pengguna Kayaaku untuk membuat pembelian berulang di peniaga yang menggunakan Fave DuitNow QR, dengan menggunakan cashback yang diterima daripada transaksi sebelumnya.

Peniaga yang menggunakan Fave juga akan mendapat manfaat dengan lebih ramai pelanggan akan kembali menggunakan Kayaaku. Inovatif baru ini akan membuka lebih banyak peluang kepada peniaga Fave kepada kumpulan pelanggan yang lebih luas.

DuitNow QR dibina atas Platform Pembayaran Masa Nyata negara dan berdasarkan standard pemesejan ISO 20022 dari awal lagi. Membayar guna mana-mana e-wallet atau bank dengan hanya scan satu QR code iaitu DuitNow QR. Tak perlu lagi merchant paparkan bermacam-macam QR code untuk kegunaan pelanggan.

Zaman serba canggih ni, Merchant terutamanya membenarkan ciri dinamik dan tangkas untuk meningkatkan lagi inovasi dan penerimaan. 

Zaman sekarang ni, mereka yang berada ada dekat Lembah Klang tak boleh dah ketinggalan. Dah patut ada pilihan pembayaran menggunakan DuitNow QR bagi memudahkan pelanggan. Lagipun pelanggan sekarang terutama di bandar, ramai yang pilih cashless berbanding tunai.

Juga pada korang yang selalu sangat pening nak cari hadiah atau belanja kawan-kawan mahupun keluarga tapi tak tahu nak belanja apa dan yang paling penting murah, maka korang perlulah jenguk-jenguk Fave ni untuk dapatkan tawaran yang berbaloi sesuai dengan bajet korang.

Untuk dapatkan sebarang maklumat lanjut berkenaan Fave ni, korang boleh klik link dekat sini. Pada korang yang nak muat turun aplikasi Fave ni bagi mendapatkan ganjaran-ganjaran menarik, klik sini.

Aqmal Ezany

I write what is right