Siakap Keli
Agong Titah Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang
Gambar: Bernama

Ratu Elizabeth II Mangkat: Agong Titah Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang Selama 3 Hari

Ratu Elizabeth II Mangkat: Agong Titah Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang Selama 3 Hari

Sebagai tanda penghormatan ke atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya bendera Negeri Pahang dikibarkan separuh tiang selama tiga hari, lapor Pahang Media.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehhuddin Ishak memaklumkan bendera Negeri Pahang akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari berturut-turut bermula esok, 10 September menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan, kemangkatan Ratu Elizabeth telah disahkan pada jam 6.30 petang semalam (waktu tempatan).

Sebelum ini, mendiang Ratu Elizabeth II dilapor mengalami masalah kesihatan yang merosot sehingga perlu berada di bawah pengawasan pihak perubatan istana.

Difahamkan, Istana Buckingham telah memaklumkan kemangkatan tersebut dalam satu kenyataan rasmi seperti yang dilapor media-media di seluruh dunia.

Ekoran berita kamangkatan baginda, difahamkan seluruh Amerika Syarikat juga turut akan melalui tempoh berkabung selama 10 hari sebagai tanda penghormatan terakhir buat baginda.

Dalam pada itu, selepas mangkatnya Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73, dilaporkan akan mengambil alih takhta monarki Britain dengan menggunakan gelaran Raja Charles III.

Memetik BBC UK, anakanda baginda iaitu Putera Wiliam dan isteri, Kate Middleton secara automatik akan menggunakan gelaran Duke dan Duchess of Cornwell, Cambridge. Isteri baginda pula, Camilla akan dikenali sebagai Queen Consort.

Disamping itu, menurut laporan, Raja Charles III akan menaiki takhta secara rasminya di Istana St James, London pada Sabtu ini.

BACA: Ratu Elizabeth II Mangkat, Ini Maksud ‘Operation London Bridge Pun Bermula’

Sumber: Pahang Media 

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.