Siakap Keli
Kredit The Thaiger

Angkara Cemburu Lelaki Tembak Mati Kekasih Bekas Isteri Sewaktu Bercuti

Angkara cemburu lelaki tembak mati kekasih bekas isteri sewaktu bercuti

Seorang suami yang cemburu telah menembak mati kekasih bekas isterinya ketika dia berehat di dalam tab mandi panas di sebuat resort di wilayah Isaan, Khon Kaen, Thailand.

Suspek yang berusia 40 tahun itu secara rahsia mengikut bekas isteri dan kekasihnya ke sebuah resort di daerah Phu Phra Marn di Khon Kaen pada hari Sabtu lalu dan menempah bilik bersebelahan dengan mereka.

Lelaki itu menunggu bekas isterinya meninggalkan penginapan dan dengan tenang berjalan menghampiri lelaki itu lalu menembaknya tiga kali di badan dan leher ketika sedang berehat di tab mandian panas.

Kakitangan resort memberitahu polis bahawa mereka melihat lelaki itu dan bekas isterinya dalam sebuah kereta sedan meninggalkan resort, sejurus selepas pembunuhan itu.

Pegawai polis menahan lelaki itu pada petang semalam di daerah Koh Ca di wilayah utara Lampang. Semasa disoal siasat, suspek itu memberitahu polis bahawa bekas isterinya meminta dia membunuh kekasihnya kerana mereka bertelegah mengenai wang.

Wanita itu bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Dia memberitahu polis bahawa dia tinggal bersama suspek di wilayah Samut Sakhon namun selepas mereka berpisah sebulan lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Khon Kaen.

Dia mendedahkan mula keluar bersama dengan mangsa tidak lama selepas mereka berpisah. Suaminya yang cemburu menjejaki lokasi mereka dengan melihat catatan di Facebooknya.

Wanita itu mengakui dia masih berhubung dengan suspek walaupun sedang menjalin hubungan dengan mangsa dan mendedahkan dia terpaksa meninggalkan resort bersama bekas suaminya kerana dia mengancam akan menembaknya.

Pegawai polis mengesahkan bahawa suspek telah ditangkap kerana membunuh dan cubaan membunuh pada tahun 2012 di wilayah Samut Sakhon, dan dia didakwa atas tiga kesalah berkaitan pistol di Khon Kaen.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.