Siakap Keli
Kredit Met Malaysia

Gempa Bumi Kuat 6.2 Gegar Papua Di Indonesia, Kerosakan & Korban Tidak Diketahui Setakat Ini

Gempa Bumi Kuat 6.2 Gegar Papua Di Indonesia, Kerosakan & Korban Tidak Diketahui Setakat Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan Papua di Indonesia digegarkan dengan gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pagi tadi.

Maklum Met Malaysia lagi, gempa bumi itu direkodkan berlaku pada jam 8.05 pagi waktu tempatan yang berpusat di 2.4 darjah Selatan dan 138.2 darjah Timur dengan kedalaman 26 kilometer.

Tambah Met Malaysia lagi, pusat gegaran itu terletak 279 kilometer Barat dari Jayapura, Indonesia.

Bagaimanapun, Met Malaysia melaporkan tiada ancaman Tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Berdasarkan laporan Detik.com, masih belum diketahui sama ada berlaku sebarang kerosakan dan korban akibat daripada kejadian gempa kuat sebentar itu tadi.

Sumber: Met Malaysia Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka