Siakap Keli
Kredit JKM WPKL

JKM Kuala Lumpur Mohon Bantuan Cari Waris Tiga Adik-Beradik Kandung

JKM Kuala Lumpur Mohon Bantuan Cari Waris Tiga Adik-Beradik Kandung

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui satu hantaran di Facebook sedang mencari waris bagi tiga kanak-kanak adik beradik kandung yang telah ditinggalkan di rumah pengasuh sejak Mac 2022 lalu.

Tiga kanak-kanak itu telah dirujuk kepada JKM oleh pengasuhnya, Puan Bibe yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.

Adik-beradik berkenaan yang bernama Ian Eusoff bin Abdullah (5 tahun), Imaan Isabela binti Abdullah (4 tahun) dan Qaseh Maryam Inara (1 tahun) telah ditinggalkan tanpa sebarang dokumen yang lengkap.

Situasi berkenaan telah menyukarkan pengasuh tersebut untuk menguruskan tiga beradik itu terutama berkaitan dengan hal-hal kesihatan mereka.

Kredit JKM WPKL

Justeru, pengasuhnya kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan kanak-kanak itu ke JKM untuk diberi perlindungan.

Sehubungan dengan itu, JKM memohon agar waris ketiga-tiga beradik tersebut untuk tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kualan Lumpur di Tingkat 9, Grand Season Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur untuk urusan lanjut.

JKM juga meminta bantuan orang ramai yang mengenali waris kanak-kanak ini untuk menghubungi Pelindung kes ini iaitu En Shukor Salleh di talian 03-26124000.

BACA: Selepas Ratu Elizabeth Mangkat, Sultan Brunei Kini Jadi Raja Paling Lama Memerintah Di Dunia

BACA: Disisih Keluarga Selepas Bercerai, Warga Emas Ada Tujuh Anak Tinggal Sendirian 30 Tahun Dalam Gua

Sumber: JKM WPKL

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka