Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Kuat Landa Papua New Guinea, Cetus Amaran Tsunami

Gempa Kuat Landa Papua New Guinea, Cetus Amaran Tsunami
Gambar: Google Maps Via Jabatan Meteorologi Malaysia

MOSCOW, 11 Sept (Bernama) — Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea pada Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi berlaku pada kedalaman 61.4 kilometer (km) dan 67 km dari timur Kainantu, sebuah bandar di timur Papua New Guinea.

Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran ancaman berikutan gempa bumi itu, lapor Sputnik.

“Gelombang tsunami berkemungkinan melanda sekitar 1,000 km dari pusat gempa di sepanjang pantai Papua New Guinea dan Indonesia,” menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS.

gempa kuat landa papua new guinea
Gambar: Google Maps Via Jabatan Meteorologi Malaysia

Dua gempa bumi lemah berlaku di barat daya bandar Pariaman, Indonesia dipercayai mencetuskan gempa bumi kuat itu.

Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Sumber: Bernama