Bergaduh Sebab Majlis Kahwin, Lelaki Warga Emas Dipercayai Tembak Tunang Hingga Mati
Seorang lelaki warga emas dilaporkan telah menembak tunangnya hingga mati sewaktu berbincang mengenai majlis perkahwinan mereka dalam kejadian di Timur Laut Thailand baru-baru ini, lapor The Thaiger.
Menurut laporan, selepas membunuh kekasihnya, lelaki berusia 62 tahun itu turut menembak dirinya sendiri.
Difahamkan, mayat lelaki dan kekasihnya yang berusia 39 tahun itu ditemukan di sebuah ladang ubi kayu.
Menurut kakak wanita tersebut, mangsa yang baru sahaja pulang dari bekerja didatangi pelaku yang menjelaskan bahawa akan membawa sejumlah wang untuk majlis perkahwinan mereka pada petang itu.
Susulan itu, mangsa telah dibawa ke lokasi kejadian untuk membincangkan hal tersebut.
Bagaimanapun, kakak mangsa yang curiga selepas adiknya itu tidak pulang ke rumah sejam kemudian telah bertindak ke ladang berkenaan untuk memeriksa namun berakhir dengan penemuan mayat pasangan tersebut.
“Mereka telah menjalinkan hubungan selama setahun, tetapi saya tidak pernah melihat mereka bergaduh,” jelas kakak mangsa kepada pihak polis.
Hasil siasatan mendapati, pasangan tersebut mempunyai masalah dalam hubungan mereka berkaitan perkahwinan.
Menurut Leftenan Polis, Pongphan Khiaosai, suspek telah merancang untuk membunuh mangsa sebelum menembak dirinya.
Tambahan lagi, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan yang sama pada tubuh pasangan itu.
Sehingga kini, kes itu masih berada dalam siasatan pihak polis.
Angkara cemburu lelaki tembak mati kekasih bekas isteri sewaktu bercuti
Dalam laporan Siakap Keli sebelum ini, seorang lelaki yang cemburu telah bertindak menembak mati kekasih bebas isterinya sewaktu dia berehat di dalam sebuah tab mandi panas di sebuat resort di wilayah Isaan, Khon Kaen, Thailand tiga hari lalu.
Memetik The Thaiger, suspek yang berusia 40 tahun itu secara rahsia mengikut bekas isteri dan kekasihnya ke sebuah resort di daerah Phu Phra Marn di Khon Kaen pada hari Sabtu lalu dan menempah bilik bersebelahan dengan mereka.
Lelaki itu menunggu bekas isterinya meninggalkan penginapan dan dengan tenang berjalan menghampiri lelaki itu lalu menembaknya tiga kali di badan dan leher ketika sedang berehat di tab mandian panas.
Kakitangan resort memberitahu polis bahawa mereka melihat lelaki itu dan bekas isterinya dalam sebuah kereta sedan meninggalkan resort, sejurus selepas pembunuhan itu.
Sumber: The Thaiger