Siakap Keli

Boleh Guna Duit Tabung, Ini Modal Nak Buka Francais Jenama Terkenal Di Malaysia

Sejak umur berapa korang mula menabung dan berapa agaknya jumlah keseluruhan tabungan korang tu? Mesti dah lama tak kira kan sebab patuh pada tempoh masa yang tertentu sebelum tabung tersebut ‘dipecahkan’. Tapi kan, cubalah kira, mana la tahu kalau-kalau sudah cukup untuk buat modal nak buka francais terkenal di Malaysia ni.

Siapa yang tak mahu jadi bos atau pengurus bagi jenama-jenama terkenal seperti Bubblebee, Marrybrown, Coolblog, Boat Noodle dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik, setiap cawangan bagi kesemua jenama ini sentiasa dikunjungi pelanggan tanpa putus-putus. Perkara sebeginilah yang menjadi pencetus idea bagi seorang usahawan berjaya untuk mempunyai cawangan miliknya sendiri.

Francais Jenama Terkenal Di Malaysia

Tapi, kalau mahukan francais bagi jenama-jenama terkenal, semestinya perlu ada maklumat yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Bertepatan dengan itu, hari ini kami nak kongsikan pada korang beberapa jenama terkenal yang menawarkan francais supaya korang boleh menjadi bos di cawangan tersebut.

Bubblebee

Siapa yang tak kenal dengan Bubblebee, minuman teh berasaskan madu yang diasaskan oleh Shuib Sepahtu yang sangat terkenal. Jika korang lihat, mana-mana tempat mesti ada cawangan Bubblebee ni. Sangat rancak pasarannya Bubblebee menawarkan dua pakej iaitu Kiosk dan Standard.

Pakej Kiosk

Yuran Francais: RM150,000
Renovasi: RM110,450
Perabot/Pemasangan/Lekapan: RM19,850
Peralatan & Perkakas Kecil: RM61,565
Sistem Pos: RM13,636
Stok Dalaman: RM16,635
Deposit Sekuriti: RM30,000
Latihan & Sokongan: RM30,000
Yuran Profesional: RM8,000
Cagaran Pemasaran: RM10,000
Royalti: 3% Dari Jualan Kasar
Pengiklanan/Promo: 2% Dari Jualan Kasar

Pakej Standard

Yuran Francais: RM150,000
Renovasi: RM219,935
Perabot/Pemasangan/Lekapan: RM46,200
Peralatan & Perkakas Kecil: RM122,365
Sistem Pos: RM13,500
Stok Dalaman: RM30,000
Deposit Sekuriti: RM30,000
Latihan & Sokongan: RM30,000
Yuran Profesional: RM8,000
Cagaran Pemasaran: RM10,000
Royalti: 3% Dari Jualan Kasar
Pengiklanan/Promo: 2% Dari Jualan Kasar

buka francais jenama terkenal

Marrybrown

Beralih pula kepada restoran makanan segera Marrybrown, pastinya anda pernah mengunjungi francais ini tidak kiralah di mana anda berada. Marrybrown menyajikan pelbagai hidangan termasuklah ayam goreng, burger, air dan juga menu bowl yang sentiasa jadi idaman pelanggan. Bagi Marrybrown, mereka menawarkan pakej francais seperti di bawah:

Saiz di lot kedai/kompleks: 1,500 – 3,000 sq.ft
Modal permulaan: RM800,000 – RM1,000,000
Yuran Francais: RM150,000 per unit
Terma Francais: 8 tahun
Royalti: 4% dari jualan kasar
Pengiklanan: 3% dari jualan kasar

buka francais jenama terkenal

Boat Noodle

Bagi peminat makanan Thailand sudah pasti sangat mengenali restoran ini. Cawangannya boleh didapati di mana-mana tempat terutamanya di bandar. Menggunakan konsep mangkuk kecil dengan harga yang rendah, francais ini sentiasa dipenuhi pelanggan dengan ‘pesanan’ sehingga penuh meja. Kalau korang berminat, boleh lah buat kira-kira dahulu dengan pakej seperti di bawah:

Saiz Lot Kedai: 1,400 sf
Jumlah Kos Permulaan: RM640,000 – RM700,000*
Yuran Francais: RM100,000
Terma Francais: 5 tahun
Royalti: 6% Dari Jualan Kasar
Pengiklanan: 2% Dari Jualan Kasar

* Kos bergantung kepada lokasi, keadaan, dan kawasan membangun

Oldtown White Coffee

Beralih pula kepada peminat-peminat kopi, sudah tiba masanya korang melayani kopi sambil-sambil membentuk masa depan yang lebih cerah dengan francais bagi jenama ini. Sering menghidangkan makanan yang sangat ‘related’ dengan rakyat Malaysia, setiap cawangan Oldtown selalu menjadi tumpuan ramai untuk mengisi perut. Tidak terus ‘terjun’ kehadapan, anda boleh memulakan francais bagi Oldtown melalui pakej vending dengan serendah RM60,000.

1. Yuran Francais: RM15,000
2. Mesin Vending : RM35,000
3: Stok Dalaman: RM1,000
4: Pemasangan/Pengangkutan: RM4,000
5. Deposit Sekuriti: RM5,000
6. Royalti: 5%

Jumlah Permulaan: RM60,000

buka francais jenama terkenal

Coolblog

Sudah lama bertapak di Malaysia, kedai minuman sejuk ini sentiasa menjadi penyelamat rakyat Malaysia setiap kali dahaga ataupun tekak sudah kering. Sering menawarkan menu dan perisa baharu, cawangan Coolblog juga sentiasa menjadi tempat yang dikunjungi pelanggan terutamanya ketika waktu panas terik.

Pakej Francais

Saiz Kios/Lot Kedai/Mall: 150 – 1,200 sq.ft
Kos Permulaan: Bermula Dari RM130,000
Yuran Francais: RM30,000 per Unit
Terma Francais: 5 tahun
Royalti: RM1,357/bulan

Siti Khadijah

Kalau tidak mahu terjerumus dalam bidang makanan dan minuman, apa kata korang cuba ceburi bidang fesyen muslimah. Sambil mengaut keuntungan, boleh juga membantu muslimah terutamanya bagi mendapatkan kelengkapan solat yang selesa iaitu telekung Siti Khadijah.

Yuran Francais: RM150,000 (5 tahun kontrak)
Deposit Sewa: RM30,000
Stok Dalaman: RM150,000
Renovasi/Kos Setup: RM200,000
Jumlah: RM530,000
buka francais jenama terkenal

Laundrybar

Francais ini juga sering menjadi tumpuan ramai tidak kira waktu walaupun pada awal pagi. Apa tidaknya, boleh dikatakan ramai yang memerlukan perkhidmatan yang sangat memudahkan urusan harian mereka. Laundrybar sehingga kini sudah mempunyai 650 cawangan di seluruh Malaysia dan cukup terkenal dengan gelaran dobi layan diri no 1 di Asia.

Lembah Klang: RM383,500
Luar Negeri: RM394,000
Sabah, Sarawak, Langkawi: RM406,000

Franchise International Malaysia 2022 (FIM2022)

Jenama-jenama terkenal yang telah disebut di dalam artikel ini adalah peserta kepada FIM2022 yang telah diadakan dari 8-10 September yang lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan penuh meriah. Lebih menarik, hampir 100 jenama francais tempatan dan antarabangsa daripada 9 buah negara termasuk Amerika, Australia, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Malaysia sendiri.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, FIM merupakan platform terbaik untuk meneroka pelbagai peluang perniagaan.

“Selain itu, FIM juga merupakan platform kepada syarikat francais tempatan untuk mempromosikan perniagaan masing-masing melalui pakej francais serta mewujudkan peluang transformasi perniagaan konvensional kepada konsep francais,”

Jika dilihat semula dari artikel ini, banyak peluang perniagaan yang korang boleh ceburi, namun ianya perlu juga hadir dengan jumlah modal yang mencukupi. Namun, pasti pulangannya sangat berbaloi memandangkan kesemua jenama ini sudah mempunyai nama yang sangat gah di dalam pasaran Malaysia.

PERNAS: Pinjaman Francais

Jangan risau pula sekiranya wang anda tidak mencukupi bagi mendapatkan francais-francais jenama terkenal ini. Perkara tersebut kerana telah disediakan juga pinjaman buat mereka yang berimpian tinggi dan juga perlulah bumiputera. Korang boleh layari pautan INI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Geran Dari KPDNHEP

Korang juga boleh mendapatkan pembiyaan geran sehingga RM20,000 bagi kajian pasaran francais mikro dan francais mampu milik serta jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000 bagi membangunkan prototaip pakej. Walau bagaimanapun, francaisor wajib mempunyai francaisi dalam tempoh 1 tahun. Bagi syarat-syarat seterusnya, korang boleh melayari pautan INI.

Latihan Menguruskan Francais

Menyedari menguruskan sesebuah francais adalah penuh dengan cabaran, latihan juga perlu diterapkan kepada mereka yang mengendalikan perniagaan itu supaya tidak ‘tewas’ terlalu awal. Latihan yang diberikan oleh Malaysian Franchise Asscociation sangat berguna untuk meningkatkan lagi produktiviti sesebuah francais. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diteliti menerusi pautan INI.

Sekiranya anda berminat atau hendak mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh layari pautan FIM dan juga artikel INI bagi senarai pakej untuk jenama-jenama yang lain.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.