Siakap Keli
Wang Hantaran RM12k Hangus Dijilat Api
Gambar : Detik.com

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Pengantin Terpaksa Berputih Mata Wang Hantaran RM12k Hangus Dijilat Api

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Pengantin Terpaksa Berputih Mata Wang Hantaran RM12k Hangus Dijilat Api

INDONESIA- Pengantin terpaksa berputih mata apabila wang hantaran bernilai Rp40 juta (RM12,114.32) hangus dijilat api dalam kebakaran rumah yang berlaku di Kecamatan, Bontonompo Selatan.

Menurut laporan, kebakaran tersebut berlaku pada hari Sabtu lalu (10/9/2022) sekitar jam 1 petang.

“Rumah yang terbakar itu milik ibu bapa bakal pengantin lelaki,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Bontonompo Iptu Syarifuddin kepada detikSulsel, Ahad (11/9/2022).

“Wang hantaran yang hangus bernilai Rp 40 (RM12,114.32). Kerugian mencecah Rp 50 juta (RM 15,142.9052) termasuk khemah untuk tetamu majlis,” tambahnya.

Syarifuddin menjelaskan kejadian bermula ketika mereka sekeluarga sedang bersiap untuk ke rumah pengantin perempuan dengan membawa duit hantaran.

Namun, kebakaran berlaku sebelum rombongan bertolak ke rumah bakal pengantin.

“Ceritanya, mereka sekeluarga mahu pergi ke rumah wanita itu dan membawa wang tersebut. Tetapi sebelum mereka bertolak berlaku kebakaran,” katanya.

“Kebakaran itu berpunca daripada hos silinder gas yang bocor dari persiapan memasak di sana (rumah mangsa). Api segera merebak kerana rumah tersebut diperbuat daripada kayu, jadi api cepat marak,” tambahnya.

Menurut ahli keluarga yang berada di tempat kejadian, mereka telah berusaha untuk memadamkan api namun tidak berjaya.

“Jumlah kerugian keseluruhan termasuk rumah yang terbakar dan lain-lain  sekitar Rp 170 juta (RM 51,485.8776),” jelasnya.

Dilaporkan, seorang terpaksa dikejarkan ke Hospital Daerah (RSUD) H Padjonga Dg Ngalle, Kabupaten Takalar untuk menerima rawatan melecur di tangannya.

“Ada seorang yang dikejarkan ke hospital di Takalar kerana melecur di bahagian tangan,” katanya.

Sumber : Detik.com

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.